Barisan kemungkinan kesebelasan Malaysia menentang Arab Saudi

Skuad kebangsaan berhadapan cabaran getir menentang pasukan Arab Saudi di King Abdullah Sports City dan peminat bola sepak negara menjangka squad Harimau Malaysia akan cuba untuk mengelak satu lagi bencana pada perlawanan tersebut. Berikut adalah ramalan FourFourTwo... (Versi Bahasa Inggeris)

Khairul Fahmi Che Mat

Pemain Kelantan ini merupakan penjaga gol yang paling berpengalaman di dalam pasukan dan sering menjadi pilihan utama Ong pada perlawanan-perlawanan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, prestasi semasa Kelantan musim ini menimbulkan persoalan mengenai pemilihan Khairul Fahmi ke pasukan.

Tetapi jurulatih Penjaga Gol Kris Yong berpendapat penjaga gol berusia 27-tahun ini masih pilihan utama, walaupun Izham Tarmizi Roslan dan Farhan Abu Bakar tidak begitu ketinggalan dibelakang Khairul Fahmi.

S. Kunanlan

Kelibat pemain serba boleh ini menjadi jawapan kepada masalah kecederaan pasukan kebangsaan.

Kunanlan dijangka beraksi di posisi bek kiri menggantikan rakan sepasukannya Fazly Mazlan dari JDT yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan.

Pemain berusia 29-tahun ini beraksi sebagai bek kanan untuk pasukan Harimau Selatan dan sebelum ini Kunanlan pernah beraksi di bahagian sayap kanan untuk pasukan kebangsaan dibawah kendalian K. Rajagopal (2009-2013).

Kerajinan Kunalan merupakan aset utama untuk pasukan kebangsaan manakala kepantasan larian beliau turut memberi kelebihan tambahan dalam gerakan menyerang pasukan.

Aidil Zafuan Abdul Radzak

Pemain berusia 28-tahun ini antara pemain pertahanan tengah terbaik negara dan antara tonggak pertahanan JDT yang hanya dibolosi dua gol pada saingan Liga Super Malaysia musim ini.

Walaupun Aidil cenderung untuk melakukan terjahan kasar, timbalan kapten pasukan ini mempunyai pengaruh dan aura tersendiri yang menjadikan beliau pilihan utama untuk pasukan kebangsaan.

Shahrul Saad

Shahrul menunjukkan prestasi cemerlang di Perak. Photo: Felda United

Bekas bintang Harimau Muda ini antara pemain pertahanan terbaik di Liga Super Malaysia semenjak beraksi dengan pemain Felda United pada musim lalu.

Pemain berusia 22-tahun in berjaya membentuk gandingan mantap bersama Thiago Junior Aquino, hanya dibolosi dua gol semenjak menyertai Perak awal musim ini.

Shahrul menjadi pilihan FourFourTwo untuk beraksi dalam kesebelasan utama, mengenepikan pemain berpengalaman Shahrom Kalam dan Fadhli Shas.

Shahrom walaupun berada pada tahap prestasi terbaik, kembali membarisi pasukan kebangsaan setelah sekian lama manakala Fadhli pula kini jarang mendapat tempat pada kesebelasan utama JDT.

Azrif Nasrulhaq

Pemain Pahang Matthew Davies beraksi dengan baik pada perlawanan menentang Arab Saudi September lalu tetapi pemain pertahanan muda ini tampak agak “perlahan” pada perlawanan pemanas badan minggu lalu.

Azrif berjaya menjadi pemain tonggak untuk Selangor sejak musim lalu tetapi barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan bimbang dengan faktor keletihan beliau.

Tetapi jika pemain berusia 24-tahun ini berjaya mengembalikan kecergasanya dia berkemungkinan besar beraksi di bahagian kanan pertahanan.

Brendan Gan

Brendan Gan mengharapkan penampilan pertama beliau

Gan dijangka memainkan peranan penting untuk pasukan kebangsaan setelah diketepikan oleh jurulatih kebangsaan yang lalu Dollah Salleh.

Gan beraksi di hadapan barisan pemain pertahanan pada perlawanan pemanas badan menentang MK Land Sabtu lalu dan ketiadaan pemain tengah yang defensif bakal memberikan beliau peluang untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan.

Baddrol Bakhtiar

Walaupun dipaksa beraksi di sayap kanan untuk Kedah akibat aksi memukau Amirul Hisyam Awang Kechik – dan Syazwan Tajuddin tahun lalu – Baddrol dijangka untuk kembali beraksi di bahagian tengah disamping Safiq Rahim.

Baddrol juga pernah mengetuai pasukan Bawah 22-tahun kebangsaan dan memenangi pingat emas Sukan SEA dibawah bimbingan Ong pada 2011.

Walaupun memulakan kerjaya sebagai pemain yang ofensif, Baddrol nampak tidak terjejas beraksi lebih defensif dan hantaran tepat jarak jauh beliau menjadi aset penting bagi pasukan.

Safiq Rahim

Safiq akan menggalas tugas kapten. Photo: Asiana.my

Pemain tengah terbaik di Malaysia buat masa kini. Prestasi Safiq bersama JDT menjadikan beliau pemain tonggak serta untuk kelab dan pasukan kebangsaan serta kapten pasukan.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super 2016 dan Piala AFC antara pemain terbaik di posisi tengah di rantau Asia Tenggara dan ketika ini Safiq mendahului carta penjaring Piala AFC dengan enam gol dari tiga perlawanan.

Wan Zack Haikal Wan Nor

Pemilihan Wan Zack ke pasukan kebangsaan menimbulkan persoalan kerana prestasi pemain sayap Selangor R. Gopinathan berada di tahap yang lebih baik.

Wan Zack masih bergelut untuk menemui sentuhan sebenarnya dan corak permainan bertahan oleh jurulatih Kelantan K. Devan sedikit sebanyak turut merencatkan naluri menyerang Wan Zack bersama The Red Warriors pada musim ini.

Tetapi pemain lincah ini telah menunjukkan kegigihan dalam latihan dan sedar mengenai apa yang Ong perlukan darinya memandangkan pemain ini pernah beraksi bersama pasukan Harimau Muda.

Joseph Kalang Tie

Pemain lincah ini tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadi pilihan utama di bahagian sayap Terengganu sejak berhijrah dari negeri kelahirannya Sarawak penghujung tahun lalu.

Joseph memiliki kepantasan untuk melepasi kawalan pemain pertahanan lawan tetapi perlawanan menentang Saudi bakal menyaksikan beliau beraksi lebih defensif  memandangkan pasukan tuan rumah dijangka mengawal perlawanan.

Aksi bertenaga Joseph juga mampu memberi tekanan terhadap pasukan lawan di bahagian sayap kiri.

Amri Yahyah

Penyerang veteran ini dijangka mengemudikan jentera seranga Malaysia. Photo: JDT

Sukar untuk membayangkan Benjamin Button bolasepak Malaysia untuk beraksi sebagai penyerang tunggal melainkan Amri diturunkan beraksi di bahagian sayap dan Norshahrul Idlan Talaha kembali mengetuai serangan buat k`ali pertama semenjak Mac 2015.

Pemain berusia 35-tahun ini langsung tidak menunjukkan kesan usia dan kemampuanya untuk bermain 90 minit perlawanan menjadi antara sebab mengapa Amri lebih wajar dipilih menjadi pilihan utama berbanding Norshahrul.

Kedua pemain ini merupakan penyerang semulajadi di dalam pasukan tetapi mereka bukanlah penyerang yang prolifik.

Walaubagaimanapun kedua pemain ini  mempunyai kebolehan untuk turun membantu merencana serangan dari bahagian tengah.

Main photo: Asiana.my