Untold Stories: Kelab Asia Tenggara, Selangor MPPJ

Asia Tenggara cukup kaya dengan sejarah bola sepak dengan gabungan pasukan-pasukan gergasi dan juga kelab-kelab yang kurang ternama. Pada edisi kedua siri terkini, FourFourTwo mengimbau memori yang ditinggalkan oleh pasukan Selangor MPPJ yang pernah mengemparkan bolasepak Malaysia. 

“Bola sepak Malaysia memiliki sejarah tersendiri tetapi apabila seseorang meninggal barulah orang ramai mula mengenang sumbangan mereka terhadap bola sepak negara... dan inilah masalah yang kita hadapi.”

Dollah Salleh antara nama yang tidak asing di kalangan peminat bola sepak tempatan kini berbicara mengenai sebuah kelab yang pernah meninggalkan kenangan tersendiri pada dirinya, walaupun telah dilupai oleh orang ramai.

Tanyalah mana-mana rakyat Malaysia yang berusia di bawah 30 tahun mengenai “Black Widows” dan kebanyakannya akan terpinga-pinga tetapi kelab yang mendapat jolokan Black Widows ini mencipta sejarah unik dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Selangor MPPJ

DILAHIRKAN: 1992 (jangkaan)

 
ORANG TERNAMA
 
MOHD YUSOP SHAMSUDDIN: Bekas penolong pengurus pasukan dan kini ketua akademi, merupakan individu yang ingin mengembalikan masa kegemilangan.
 
JUAN MANUEL AROSTEGUI: Penyerang Argentina yang dikenali sebagai 'the Saint', menyumbangkan gol-gol penting untuk MPPJ termasuk tiga goal di pentas akhir Piala Malaysia 2003.
 
DOLLAH SALLEH: Jurulatih pasukan yang mengendalikan kelab pertama sejak bersara sebagai pemain dua tahun sebelum itu. Mengenalkan konsep kekeluargaan dimana isteri and anak-anak pemain dijemput bersama pasukan untuk perlawanan di tempat lawan.
 
WARNA: Awan biru dan putih
 
JURULATIH PALING BERJAYA: Dollah Salleh. Kini di Perlis, bekas jurulatih kebangsaan ini hanya berumur 39 apabila membimbing MPPJ menjulang kejuaran liga pada tahun 2004.
 
HALAMAN SENDIRI: Stadium MPPJ, Petaling Jaya.
 
KAPASITI: 25,000

Kelab Bolasepak Majlis Perbandaran Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai MPPJ FC, masih kekal menjadi satu-satunya kelab (bukan pasukan negeri) yang pernah menjulang Piala Malaysia walaupun mereka ghaib dari bolasepak Malaysia sepantas kejayaan yang mereka capai.

BACA: Untold Stories, Southeast Asian Clubs: Buriram United

Selepas hanya tiga tahun melakar kejayaan, kelab tersebut dibubarkan pada tahun 2003 dan jika bukan kerana usaha sekumpulan individu, MPPJ mungkin akan terkubur selama-lamanya, sekadar menjadi satu memori, hilang ditelan oleh  kebangkitan sebuah lagi kelab gergasi yang baru.

Seperti mana-mana cerita kejayaan, kebangkitan MPPJ melibatkan beberapa elemen bergabung pada masa yang tepat dan momentum itu membawa mereka ke pentas final dan seolah-olah kejayaan mereka ditakdirkan lebih awal lagi.

Ditubuhkan kurang sedekad yang lalu dengan sokongan kerajaan tempatan Petaling Jaya, mereka memulakan sejarah awal dengan beraksi di liga bawahan bola sepak Malaysia dan ramai yang tidak menjangka MPPJ akan meraih kejayaan sehingga saingan Piala Malaysia musim 2003 bermula.

Zaman Kegemilangan

MPPJ yang diundi didalam kumpulan C bersama pasukan senegeri - Selangor, Sabah dan Pulau Pinang, bangkit mencatat keputusan seri pada dua perlawanan pembukaan mereka sebelum melakar kemenangan pertama dengan menundukan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan ketiga mereka.

Penyerang Argentina Juan Manuel Arostegui menjaringkan gol pada ketiga-tiga perlawanan tersebut. Dua kemenangan dari tiga perlawanan berikut menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan pada tangga kedua untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir dengan pasukan yang hanya dibentuk dari "bahan buangan".

Dollah, penyerang sensasi dan kemudiannya jurulatih pasukan kebangsaan, mengemudi MPPJ untuk mencipta sejarah hanya selepas tiga tahun bersara dan tanpa memiliki kelayakkan tertinggi untuk melatih pasukan iaitu lesen kejurulatihan A.

Lagenda bolasepak negara Dollah Salleh memberi kesan positif yang ketara di kelab ini.

“Kami hanyalah sebuah kelab yang kecil, bermula tanpa apa-apa dan antara pemain kami adalah dari MPPJ, pelajar dan selebihnya pemain yang boleh dikatakan buangan,” kata Dollah kepada FourFourTwo di sebuah kafe hanya dua kilometer dari stadium yang menjadi pentas sejarah MPPJ.

Pusingan suku akhir Piala Malaysia berlangsung dalam tempoh empat hari pada pertengahan September dan MPPJ diundi untuk bertemu dengan sebuah lagi pasukan dari Liga Super iaitu Pahang.

Jaringan Arostegui pada minit ke-90 memberikan kemenangan dramatik 3-2 kepada sang Black Widows selepas pusingan pertama suku akhir berakhir seri tanpa jaringan, ketika itulah momentum pasukan bermula dan yang peliknya adalah mereka mendapat sokongan dari penyokong-penyokong pasukan Selangor.

“Ketika itu, kami hanya ada penyokong yang sedikit... pada awal musim kami hanya mendapat sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan pemain,  bilangan mereka hanya menjangkau beberapa ratus orang pada satu-satu perlawanan,” kata Dollah.

BACA: Untold Stories, Southeast Asian Clubs: Chin United

“Selepas Selangor tersingkir, Menteri Besar dan juga Sultan Selangor mula memberi sokongan kepada kami dan meminta peminat-peminat Selangor untuk memberikan sokongan kepada kami. Para penyokong mula membanjiri stadium untuk menyokong kami walaupun pada mulanya mereka musuh kami.

“Bila kami bertemu Perlis pada peringkat separuh akhir... stadium telah penuh dengan penyokong dan mereka semua hadir dengan memakai warna pasukan kami.”

Kejayaan tidak terhingga

Masa seolah-olah terhenti di Stadium MPPJ di Kelana Jaya.

Tingkap cermin di kaunter tiket kini retak, sampah sarap berselerak di setiap pelosok stadium, kerusi stadium yang pecah, jersi dan kasut turut kelihatan terbuang di persekitaran stadium.

Ketika FourFourTwo melakukan tinjauan di sana, seekor kucing berehat di kawasan yang pada satu ketika dahulu dipenuhi penyokong, tidak begitu jauh dengan papan nama venue yang tampak kehilangan beberapa abjad pada namanya.

Keadaan terbiar Stadium MPPJ mencerminkan nasib kelab tersebut

Masa mungkin telah berlalu tapi sejarah dan catatan pada buku rekod melihat MPPJ menyingkirkan Perlis menerusi kemenangan agregrat 4-2 dan penyerang sensasi Arostegui sekali lagi menjadi penjaring pada kedua-dua perlawanan tesebut.

“Tiada siapa menjangka sebuah pasukan kecil seperti kami untuk melakukan perkara seperti ini... saya sendiri tidak menjangka untuk melepasi peringkat kumpulan, jadi untuk beraksi di pentas final sudah menjadi satu pencapaian yang cemerlang bagi saya,” kata Dollah.

“Saya perlu mengaku... ada ketikanya saya sendiri tidak tahu apa yang saya lakukan. Saya cuma memiliki lesen ‘B’ dan saya mungkin tampak bodoh dan kadang kala saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya cakap kepada pemain ketika perlawanan.”

Tetapi apa yang jurulatih muda itu ungkapkan kepada pemainnya jelas menjadi kerana kelab picisan tersebut melangkah ke pentas final di Stadium Nasional di Bukit Jalil untuk bertemu Sabah – sebuah lagi pasukan gergasi Malaysia – untuk beraksi di hadapan 70,000 penyokong.

Salah seorang pemain pada barisan kesebelasan pada final tersebut - pemain tengah Azrin Zainal, kini merupakan salah seorang individu yang berusaha keras untuk memelihara memori dan menghidupkan semula kelab tersebut.

“Nama jolokan kami- the Black Widows, merupakan satu refleksi karekter kami. Kami hanyalah pasukan yang kerdil tapi kami ibarat lelabah tersebut - satu gigitan dan anda terkubur,”katanya kepada FourFourTwo.

“Kami semua bagaikan adik beradik, kami semua sangat akrab dan tak sanggup mengalami kekalahan... jadi kami membantu antara satu sama lain. Inilah kekuatan kami dan ianya membolehkan kami mengawal perlawanan ketika bertemu  Sarawak di final.”

Jaringan Arostegui melalui sepakan penalti pada minit ke-13 meletakkan MPPJ di hadapan dan mereka terus mendapat rentak selepas itu.  Penyerang Argentina yang diberikan jolokan the Saint itu menjaringkan dua gol lagi pada babak kedua untuk “The Black Widows” melengkapkan cerita dongeng mereka.

Pencapaian menakjubkan mereka membawa kepada pelaburan yang lebih tinggi pada MPPJ tetapi dalam masa yang sama ia turut menjadi titik permulaan kepada kejatuhan mereka.