10 kekecewaan terbesar Liga Perdana Inggeris musim ini

Koleksi episod kecewa dan duka kempen Liga Perdana Inggeris musim ini... 

Pemecatan Claudio Ranieri

Bukan berniat untuk membuka semula luka ini, atau untuk menggambarkan pemecatan Ranieri sebagai "pengakhiran bola sepak" dalam konteks hiperbola atau sesuatu yang tidak munasabah, tetapi prestasi awal musim Leicester terbukti bahawa, tiada ruang untuk sebarang sentimen dalam bola sepak. Tidak kira betapa besar sebuah kejayaan itu dan seberapa banyak pujian yang diterima, kerapuhan ego pemain di era moden ini akan sentiasa menemui penghujungnya. Bagi sesetengah, titik perubahan tiba apabila kontrak baru dirundingkan, rakan sepasukan dipindahkan, dan hierarki tanggungjawab tidak rasmi mula berkembang.

Umum mengetahui, sudah tentu, pemergian Ranieri adalah disebabkan oleh berbagai isu yang timbul dan berdasarkan pengalaman lepas, ia adalah satu keputusan yang tepat. Walau bagaimanapun, nama baik Leicester telah terjejas secara mendadak, memberi peringatan bahawa ini adalah perniagaan dan bola sepak tidak pernah lekang daripada menerima sokongan apatah lagi sudut kecil simpati.

Prestasi Pep Guardiola di Manchester City

Lupakan carta liga, prestasi di Liga Juara-Juara dan kegagalan untuk memenangi sebarang trofi; bukankah Guardiola ditakdirkan untuk menjadi lebih hebat daripada ini?

Ekspresi mukanya di sidang media sudah boleh dijangka, tetapi bukankah dia sepatutnya membawa mutu permainan bola sepak baru ke peringkat seterusnya, disulami dengan pengekalan posesi, dengan pengeksploitasian separuh padang dan corak pergerakan menarik ketika tidak mengawal bola? Guardiola mungkin dulunya lambang kejayaan, namun sebagai seorang jurulatih unggul, ketibaan dia di negara ini nampaknya telah memberi satu pengalaman baru buat dirinya.

Adakah Manchester City telah bertambah baik? Mungkin, tetapi itu bukanlah perkara yang ingin dibincangkan. Dibarisi skuad berbakat, mereka kekal menjadi salah sebuah kelab Inggeris yang hebat-tetapi-serba-kekurangan, dimana Guardiola sendiri pernah melontarkan kata ejekan terhadap mereka pada suatu ketika dahulu. Wira mereka adalah seorang pemikir terkenal bola sepak Eropah yang tidak pernah jemu dalam menambah baik variasi corak taktikal. Setakat ini, pasukannya masih mengamalkan corak yang tidak spesifik dan mencampur-adukkan idea, berkesudahan dengan keputusan kurang tepat dari penjaga gol dan pencarian sedekad untuk pemain pertahanan.

Guardiola mempunyai beberapa isu besar, namun kegagalan dia untuk mendidik pemain barunya adalah sangat mengecewakan.

Kenaikan yuran ejen pemain

Pada permulaan April, BBC melaporkan bahawa bayaran yang dibuat oleh kelab-kelab Inggeris kepada ejen telah meningkat sebanyak 38% berbanding tahun sebelumnya. Dari Februari 2016 sehingga Januari 2017, perbelanjaan tinggi berjumlah £ 220 juta, di mana £ 174 juta daripadanya telah dilakukan oleh kelab Liga Perdana Inggeris.

Bukan untuk menunjukkan angka perbelanjaan kelab masing-masing, kerana itu hanya sekadar ekonomi palsu: Amalan penggunaan ejen sentiasa disasarkan ke arah kelab yang kaya-raya dan mempunyai impian tinggi. Tetapi semua ini sekali lagi menjadi peringatan betapa tingginya nilai wang yang dibenarkan keluar.

Setakat ini, terdapat kira-kira 2,000 ejen berlesen di negara ini, bertambah dari 500 dulunya selepas mengalami pemudahan proses kelayakan, dan perkara ini seolah-olah membuka ruang untuk pewujudan aliran yang tidak berkesudahan. Kemuliaan dan kejujuran tidak mengalir keluar dari profesion sepenuhnya, tetapi kualiti itu telah diganggu oleh kemasukan segelintir yang mengambil kesempatan: mereka yang mengamalkan kaedah tidak sihat dalam urusan pemindahan dan meletakkan peratusan komisyen yang lumayan. Keuntungan atas angin. Kos yang dibenarkan bawah peraturan - dan kekurangan hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas mereka amat sukar untuk ditanggung.

Dan mengapa ia begitu menjengkelkan? Kerana apabila wang itu keluar dari arena bola sepak, golongan mana lagi yang boleh dipercayai dan sentiasa bersedia diminta untuk menambah semula dana? Seperti biasa, penyokong. Ambil bil dalam perjalanan anda memasuki stadium dan tinggalkan saja dompet anda di pintu pagar itu.

Kecederaan sepanjang musim Muhamed Besic

Tempoh jangka Ronald Koeman di Southampton sering dikaitkan dengan organisasi dan daya tahan pertahanan. Khususnya, dia meninggalkan kesan mendalam pada beberapa pemain tengah pertahanan, termasuk Morgan Schneiderlin, Victor Wanyama dan Oriol Romeu, yang melalui perubahan ketara di bawah bimbingan Koeman.

Besic lebih berbakat berbanding kesemua pemain tersebut, oleh itu, pemain Bosnia ini merupakan prospek untuk ditonton - dengan gabungan istimewa miliknya, ketabahan dan juga teknikdia beroperasi dengan baik di bahagian tengah kubu kental skuad Koeman. Di bawah kendalian Roberto Martinez, dia mungkin menjadi mangsa ketidakseimbangan pasukan itu, tetapi setiap pemain tengah berpengaruh di Goodison Park telah menunjukkan kemajuan sejak ketibaan Koeman. Dia berjaya menyelesaikan situasi Ross Barkley, dengan merungkai teka-teki yang menyelubungi bola sepak Inggeris, jadi bayangkan apa yang boleh dia lakukan dengan bermodalkan bahan-bahan mentah Besic ini?

Malangnya, telur telah retak sebelum dimasukkan ke dalam periuk: sebelum permulaan musim, Besic mengalami kecederaan ligamen cruciate ketika bermain untuk pasukan pilihan Wayne Rooney dan tidak lagi dilihat di atas padang sejak itu. Malangnya, itu telah menjadi kebiasaan dalam kariernya: ketika dia seolah-olah bersedia untuk memenuhi potensinya, keadaan sering tidak mengizinkan dan dunia bola sepak terpaksa melupakannya. Satu hari nanti dia pasti akan menyinar jua.