10 nombor jersi yang sangat pelik

Terdapat beberapa nombor jersi yang dianggap ikonik dalam dunia bola sepak. Selebihnya ... cuma sekadar nombor biasa. Nombor-nombor ini dipilih secara rawak, tetapi mungkin atas dasar kepercayaan karut, kepentingan diri sendiri atau juga sebab-sebab peribadi. Berikut adalah beberapa contoh...

0: Hicham Zerouali, Aberdeen

Bagi pasukan tertentu, jersi bernombor 10, seperti yang dipakai oleh Pele, Diego Maradona dan Lionel Messi pastinya memikul beban dan berat tersendiri walaupun jersi itu dibuat dari bahan kain ringan jenis Dri-Fit, namun sejarah pemakainya bukanlah calang-calang pemain. Begitu juga untuk jersi bernombor 9, 7 dan 14.

Tetapi kemudian, muncul pula angka lain seperti... 0?

Pemain antarabangsa Maghribi (atau Morocco) Zerouali menjalani kempen tiga tahun yang sekadar biasa di Aberdeen (1999-2002), menjaringkan 11 gol dalam 37 penampilan, termasuk hatrik ketika menentang Dundee. Namun, dia tetap menonjol di kalangan peminat gara-gara pemilihan nombor skuadnya.

Digelar 'The Moroccan Magic' dan 'Zero', Zerouali memilih untuk mencetak kedua-dua nama tersebut di belakang bajunya – dan menjadi pemain pertama di Scotland untuk berbuat demikian - walaupun langkah itu terbukti satu kontroversi.

Musim berikutnya, Liga Perdana Scotland mengharamkan digit tersebut. Malangnya, 'Zero' kemudiannya terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2004.

1: Edgar Davids, Barnet

Lima penampilan pertamanya menyaksikan layangan kad dalam setiap perlawanan, merah dan juga kuning. Davids kemudian mengambil keputusan luar biasa dan mengumumkan pengambilan jersi No.1 dari penjaga gawang, Graham Stack untuk dirinya sendiri.

"Ini adalah nombor jersi saya untuk musim ini," katanya. "Saya akan mulakan trend ini."

Davids rupanya bukanlah yang pertama. Pemain seperti Stuart Balmer (Charlton), Ruud Geels (Holland, 1974), dan Ossie Ardiles (Argentina, 1978) semuanya telah menyarung jersi No. 1 terdahulu sebelum Davids. 

Bercakap mengenai Ardiles dan Argentina, playmaker kenit Spurs ini juga memakai jersi No.2 semasa aksi pusingan akhir Piala Dunia 1978.

"Sebabnya, wujud perbalahan dan perebutan nombor jersi yang diingini," kata Ardiles.

"Jadi [pengurus Argentina] Cesar Menotti memutuskan untuk menyusun semula mengikut turutan abjad, dan perkara ini menyebabkan jersi No.1 jadi milik Norberto Alonso pada 1978."

Pemain bintang pula mendapat pengecualian. Pada 1982, Diego Maradona, yang sepatutnya menyarung No. 13 (nombor yang dianggap malang), telah diberikan jersi No.10.

"Pasti Menotti yang telah membuat keputusan itu. Seolah-olah ajaib, Mario Kempes juga memakai jersi No.10 pada 1978, jadi mungkin Menotti sekali lagi terlibat dalam hal ini."

10: William Gallas, Arsenal 

Biasanya, jersi No.10 bukanlah pilihan utama untuk pertahanan tengah, kecuali buat seorang pemain ini yang cukup berbakat. Ketika Gallas menyertai Arsenal dari musuh London, Chelsea pada 2006, dia diberikan nombor jersi yang sebelum ini dimiliki oleh playmaker hebat, Dennis Bergkamp.

"No.3 nyata tidak selesa buatnya dan ketika itu, saya telah mengeluarkan kesemua nombor untuk diberikan kepada pemain lain," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

"Akhirnya, saya berasakan, adalah baik untuk memberikan No.10 kepada seorang pertahanan, kerana penyerang akan mengalami kesukaran apabila membandingkan Gallas dengan Dennis. Pada mulanya saya enggan memberikan nombor Dennis, terutamanya kepada pemain pertahanan, tetapi secara keseluruhan, saya rasa keputusan ini tepat. "