Stories

10 pemain import Liga Malaysia yang tiba dengan reputasi besar namun gagal menyinar

Kelab bola sepak di Malaysia terlalu bergantung kepada pemain import, menyebabkan pemain-pemain ini akhirnya memikul tugas sukar dalam mengekalkan prestasi atau mereka mungkin berdepan risiko disingkirkan. FourFourTwo menyenaraikan 10 pemain import yang gagal memberi impak saat pintu perpindahan import ke Malaysia dibuka semula pada tahun 2012, termasuk pemenang Olimpik, bekas bintang Argentina dan bekas penyerang Liverpool.

We are part of The Trust Project What is it?

Alhaji Kamara (JDT) 

Dia merupakan antara pemain terakhir yang ditandatangani Bojan Hodak sebelum jurulatih itu dipecat namun penyerang Sierra Leone ini dilihat gagal membuktikan kebolehannya di Johor Darul Tazim (JDT) apabila dia sekadar bertahan untuk tempoh beberapa minggu selepas diikat pada jendela perpindahan pertengahan musim 2015.

Dia kembali ke pangkuan pasukan asalnya, Sweden IFK Norrkoping tetapi dihantui pula dengan penyakit jantung kongenital yang menamatkan kariernya di pentas Eropah pada 2016. Kamara, 23, kemudian dirawat oleh pakar kardiologi di Amerika Syarikat, dan akhirnya menyertai DC United dalam Major League Soccer.

Dia gagal di JDT, tetapi Kamara sekurang-kurangnya masih mempunyai masa panjang dalam kariernya. Photo: JDT

Jerry Palacios (ATM) 

Usianya sudah menjangkau 32 tahun semasa dia tiba pada November 2014 dan bekas pemain skuad Piala Dunia Honduras ini dijangka bakal menjadiMesin Golketika itu. Namun, ia tidak menjadi kenyataan apabila pasukan ATM tersingkir akibat daripada prestasi yang amat buruk musim itu.

Kesemua pasukan di Liga Super Malaysia (MSL) terdorong untuk membuat perpindahan ketika pertengahan musim, tetapi kedudukan kewangan pasukan ATM serta dasar pengurusan baru yang mahu para pemain terdiri daripada anggota askar membuatkan segala perubahan kepada kuota import mereka sekadar sia-sia walaupun dengan kehadiran pemain berstatus bintang.

Palacios dan ATM mengharungi musim sukar.

 

Isaac Pupo (Kelantan) 

Bekas pemain skuad antarabangsa Liberia ini berusia 29 tahun ketika menyertai pasukan Kelantan tetapi statusnya hanya indah khabar dari rupa. Selepas mempamerkan prestasi kurang memuaskan semasa bersama Persebaya Surabaya di Indonesia, Kelantan juga turut membuat keputusan untuk menyingkirkan dia hanya empat bulan selepas direkrut pada Januari 2015.

Jurulatih Kelantan ketika itu, Azraai Khor, turut menyelar sikap pemain tengah Cameroon, Emmanuel Kenmogne dengan mendakwa dia tidak lagi menunjukkan minat untuk bermain. Sejak itu, dia telah menjadi ejen bebas.

 

Jaime Braganca (PDRM) 

Pernah menjadi pelatih untuk pasukan Maritimo di Liga Primera Portugis, Braganca telah disambar oleh PDRM selepas Terengganu memutuskan untuk tidak menandatangani pemain tengah itu pada pertengahan musim 2015.

Dia pernah berada di puncak karier namun, persembahannya di Thailand dan Indonesia, tidak berjaya memberi impak yang besar dan terus berhijrah pada jendela perpindahan seterusnya.

Braganca juga antara individu yang mencetuskan kontroversi kerana menerima pakai pasport Timor Leste dan menyarung jersi pasukan itu di peringkat antarabangsa. Namun,

FIFA akhirnya mengambil tindakan tegas terhadap Timor Leste dan menyingkirkan mereka dari kelayakan Sukan Asia 2023.

 

Seperti kebanyakan import, keberadaan Braganca terlalu sekejap. Photo: FAS

Pablo Aimar (JDT) 

Tidak dinafikan dia merupakan antara bintang terbesar yang pernah beraksi di Malaysia, pemenang La Liga dan Piala UEFA bersama Rafael Benitez di Valencia ini ternyata hanya sensasi dengan statusnya berbanding persembahan bersama Harimau Selatan.

JDT mengakhiri khidmat bekas pemain antarabangsa Argentina ini selepas dia hanya beraksi dalam lapan perlawanan dan masih bergelut untuk mencapai tahap kecergasan penuh.

Aimar, pernah diangkat sebagai idola oleh Lionel Messi, kembali ke pangkuan pasukan akademinya dulu, River Plate pada Januari 2015. Dia sekali lagi bergelut dengan kecederaan dan mengumumkan persaraan pada usia 35 tahun pada Julai tahun yang sama.

Aimar mempunyai reputasi besar, namun prestasinya hambar

[NEXT: El Hadji Diouf and more Malaysian football rejects]