10 pemain yang reputasinya musnah selepas berpindah ke England

Liga Perdana Inggeris sering diperkatakan sebagai destinasi pilihan semua pemain, namun tidak buat pemain-pemain yang berikut 

1. Sergei Rebrov (Tottenham dan West Ham)

Kegagalan Rebrov untuk sependapat dengan pengurus Tottenham meranapkan peluangnya untuk mengecapi kerjaya yang berjaya di N17

Dia bukanlah yang pertama gagal dalam menjaga hubungan dengan George Graham atau Glenn Hoddle, tetapi kegagalan Rebrov untuk sependapat dengan pengurus Tottenham meranapkan peluangnya untuk mengecapi kerjaya yang berjaya di N17.

Jaringan 10 gol dalam 60 perlawanan liga boleh dianggap sederhana (dan tempoh pinjaman yang suam kuku sahaja bersama Fenerbahce) lebih prolifik berbanding dengan rekod dua gol dalam 27 perlawanan untuk West Ham. Tidak hairanlah pemain Ukrain itu tidak sabar untuk kembali ke Dynamo Kyiv pada tahun 2005, kelab yang dikendali dia dengan jayanya sejak 2014.

sergiy-rebrov-cropped_1hya6pblwxdm81hd9desvmjmcr.jpg

2. Kleberson (Manchester United)

Setelah memainkan peranan penting dalam skuad juara Piala Dunia 2002, Brazil, Kleberson tiba di Old Trafford pada 2003 dengan keyakinan dari Alex Ferguson yang mendakwa dia boleh menjadi seorang "ikon United yang unggul".

Tidak berjalan seperti yang diharapkan, bekas pemain Atletico Paranaense, Kleberson kemudian mengakui bahawa dia tidak pernah mendapat menyesuaikan diri dengan kelajuan dan corak bola sepak Inggeris. Dia meninggalkan United ke Besiktas pada tahun 2005, kemudiannya kembali ke liga Brazil, menghabiskan masa hampir enam tahun, dan akhirnya mencuba nasib di Amerika Syarikat, menyertai Philadelphia Union, Indy Eleven dan Fort Lauderdale Strikers, tempat di mana kini dia menetap.

Pages