Stories

11 Pemain Remaja Eropah Terbaik Dunia

Kami meneruskan kiraan pemain muda sensasi yang wajar diberi perhatian- sejajar dengan senarai 100 pemain remaja terbaik FFT. 

We are part of The Trust Project What is it?

11. TIMOTHY FOSU-MENSAH (BELANDA)

Fosu-Mensah mungkin tidak menjangka dia akan terbabit dengan pertarungan untuk mengelak penyingkiran apabila menyertai Crysral Palace secara pinjaman musim ini namun, secara individu ia membantu prestasinya.

Pemain Belanda ini adalah antara pemain Palace yang menyinar di awal musim namun, kini sukar mengukuhkan tempat di bawah kendalian Roy Hodgson.

Bek kanan tampak posisi terbaiknya walaupun, dia boleh beraksi di mana-mana posisi pertahanan dan juga tengah.

Kemampuan sebagai pemain serba boleh satu kelebihan, namun Fosu-Mensah wajar  menumpukan khusu kepada satu posisi demi perkembangannya.

Fosu-Mensah meraih cap antarabangsa pertamanya buat Belanda Ogos lalu dan bakal menjadi pemain generasi baru negara itu yang dijangka bangkit selepas gagal ke Piala Dunia 2018.

10. FELIX PASSLACK (GERMANY) 

Borussia Dortmund menjulang Passlack yang membesar menyokong seteru utama mereka, Schalke tetapi tampak hampir pasti menjadi antara  generasi bintang baru keluaran akademi BVB.

Pemain berusia 19 tahun ini mempunyai asakan keras terhadap pemain lawan serta bahaya ketika naik membantu serangan pasukan.

Musim ini dia dipinjamkan ke Hoffenheim- namum sekembalinya ke Dortmund dia dijangka memberi saingan sengit kepada pemain pilihan utama, Lukasz Piszczek yang berusia 33 tahun depan.

Tidak ramai yang ragu dengan kemampuanya bersama skuad utama.

9. TOM DAVIES (ENGLAND) 

Mungkin jika Ronald Koeman memberikan kepercayaan kepada Davies musim ini seperti musim lalu, dia mungkin masih mengendalikan Everton.

Pemain berusia 19 tahun ini hanya melakukan tiga penampilan selaku kesebelasan utama di bawah Koeman sebelum dia dipecat.

Walaupun Everton mempunyai ramai belian mahal di bahagian tengah, Davies adalah pemain yang mempunyai daya kreativiti berbakat yang mengukuhkan pasukan secara keseluruhan.

Sesiapa saja yang mengambil alih tugas pengurus Everton perlu membina pasukan yang diterajui Davies.

Walaupun gayanya di atas padang seperti pemain di era 70an, peminat Everton mengharapkan pemain itu yang dihasilkan kelab ini mampu membawa mereka ke era baru yang memberansangkan.

8. MANUEL LOCATELLI (ITALY) 

Jika tidak kerana Locatelli dan rakan sepasukannya Donnarumma, masa depan tidak menentu di San Siro akan bertambah suram.

Pemain tengah ini adalah bakat luar biasa dan juga seorang pemimpin di atas padang- dia mengetuai skuad Bawah 21 Tahun Itali berdepan Russia awal minggu ini.

Seperti kelabnya, Locatelli sukar menemui rentak di Serie A musim ini; Lucas Biglia kerap menjadi pilihan utama berbanding dirinya, walaupun kecederaan lutut pemain Argentina itu dijangka memberi lemain remaja ini lebih banyak peluang melakukan impak seperti musim lalu.

Di tahap terbaiknya, dia berupaya menjana bahagian tengah dengan tenang dan ia ciri-ciri pemain yang Milan kekurangan kebelakangan ini.