Top 10/50/100

11 Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris Bulan September

Kami senaraikan 11 pemain terbaik bulan September,

We are part of The Trust Project What is it?

Ederson (Manchester City)

Penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris pada bulan September pilihan kami jatuh kepada pemain daripada skuad Manchester City dan juga Brazil iaitu Ederson. 

Jika pada bulan Ogos beliau hanya mampu mencatatkan satu ‘clean sheet’ namun ianya berbeza buat pemain muda ini dalam aksi yang berlangsung di bulan September apabila beliau berjaya menjaga gawangnya dengan begitu baik untuk tidak melepaskan sebarang gol dalam tiga perlawanan daripada empat perlawanan keseluruhan. 

Ederson juga cemerlang dalam pertemuan ketika menentang Fulham apabila beliau berjaya untuk sekurang-kurangnya menafikan tiga percubaan pemain lawan. 

Kyle Walker (Manchester City)

September adalah bulan yang agak baik buat pemain Manchester City dan skuad kebangsaan England ini apabila jaringannya ketika menentang Newcastle United pada awal bulan telah memberi tiga mata penuh kepada skuad yang bergelar ‘The Cityzens’.

Walker juga turut meneruskan kecemerlangannya untuk keseluruhan aksi dalam bulan September apabila beliau berjaya membantu barisan pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola untuk tidak melepaskan sebarang gol dalam tiga aksi seterusnya. 

Andrew Robertson (Liverpool)

Pemilihannya sebagai kapten pasukan kebangsaan Scotland ketika bermulanya kempen ‘Nations League’ pada awal bulan lalu ternyata menjadi tonik yang terbaik buat pemain yang baru sahaja berumur 24 tahun ini. 

Sekembalinya dari tugasan antarabangsa, beliau terus mempamerkan aksi menakjubkan sepertimana yang selalu dilakukannya sejak menyertai Liverpool daripada Hull pada tahun lepas. 

Dalam perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur, beliau menunjukkan sebab yang jelas kenapa beliau adalah antara pemain pertahanan yang perlu diberikan perhatian apabila berjaya melakukan larian-larian pantas, berjaya mengegar palang gol dan hampir-hampir melakukan beberapa ‘assist’ yang mampu untuk menghasilkan gol. 

Marcos Alonso (Chelsea)

Boleh disifatkan sebagai antara pemain paling penting di dalam perancangan pengurus Chelsea ketika ini, Maurizio Sarri dan gaya permainan ‘Sarriball’ yang diterapkan oleh beliau. 

Manakan tidak, selepas 10 perlawanan musim ini, Alonso sudahpun mencatatkan sejumlah lima ‘assist’ dan sudahpun menyamai pencapaian peribadi beliau pada dua musim sebelum ini. 

Keupayannya menyumbang kepada pergerakan serangan Chelsea ketika berada di dalam kawasan ‘final third’ juga adalah antara aset berharga yang dimiliki pemain tinggi lampai ini.