Stories

11 pemain yang boleh bermain untuk Malaysia pada tahun 2018

Jurulatih baru Malaysia, Tan Cheng Hoe hanya perlu menamakan skuad akhirnya untuk perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Lubnan pada bulan Mac, di mana beberapa pemain yang belum pernah mewakili Malaysia mungkin berpeluang menarik perhatiannya menjelang aksi pembukaan Liga Super Malaysia (MSL).  FourFourTwo menyenaraikan 11 nama yang berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya tahun ini.

We are part of The Trust Project What is it?

LA'VERE CORBIN-ONG

Seorang lagi pemain naturalisasi dalam skuad JDT, Corbin-Ong adalah muka baru di kelab itu menjelang kempen 2018.

Berdasarkan gambar yang dikeluarkan oleh kelab itu, di mana mereka mendedahkan pilihan untuk setiap posisi, pemain berusia 26 tahun yang dibesarkan di Kanada ini dijangka diturunkan sebagai bek kiri utama, yang telah didominasi oleh Fazly Mazlan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Corbin-Ong telah melakukan penampilan antarabangsa untuk Kanada ketika dia mula dari bangku simpanan berdepan Scotland pada bulan Mac 2017, tetapi itu tidak akan menghalangnya daripada bermain untuk Harimau kerana ianya hanya perlawanan persahabatan.

NATXO INSA

Pemain tengah kelahiran Sepanyol ini bakal menyambut ulangtahun ke-32, tetapi ianya tidak pelik jika dia akhirnya dipanggil ke skuad kebangsaan tahun ini selepas meminta untuk diketepikan pada 2017 agar dia dapat fokus dengan tugasan bersama JDT terlebih dahulu.

Insa terbukti pemain terbaik Liga Super 2017  termasuk import-dan Malaysia sepatutnya menggunakan kelebihan fakta yang dia memiliki pasport tempatan.

Produk akademi Valencia ini merupakan watak utama dalam kemenangan musim 2016-17 Levante di  saingan Segunda (Divisyen Dua Seoanyok) sebelum mendaftar kewarganegaraan Malaysia untuk menyertai Harimau Selatan.

Pages