11 pemain yang mengalami kejatuhan reputasi selepas berpindah ke England

Liga Perdana Inggeris sering diperkatakan sebagai destinasi pilihan, namun tidak buat pemain-pemain yang berikut.

1. SERGEI REBROV (TOTTENHAM DAN WEST HAM)

Dia bukanlah yang pertama gagal dalam menjaga hubungan dengan George Graham atau Glenn Hoddle, tetapi kegagalan Rebrov untuk sependapat dengan pengurus Tottenham meranapkan peluangnya untuk mengecapi kerjaya yang berjaya di N17.

Bekas pemburu gol AC Milan ini mempamerkan prestasi buruk dan gagal menyinar di Stamford Bridge, dengan hanya menjaringkan sembilan gol dalam 47 perlawanan Liga Perdana Inggeris

Jaringan 10 gol dalam 60 perlawanan liga boleh dianggap sederhana (dan tempoh pinjaman yang suam kuku sahaja bersama Fenerbahce) lebih prolifik berbanding dengan rekod dua gol dalam 27 perlawanan untuk West Ham. Tidak hairanlah pemain Ukrain itu tidak sabar untuk kembali ke Dynamo Kyiv pada tahun 2005, kelab yang dikendali dia dengan jayanya sejak 2014.

2. KLEBERSON (MANCHESTER UNITED)

Setelah memainkan peranan penting dalam skuad juara Piala Dunia 2002, Brazil, Kleberson tiba di Old Trafford pada 2003 dengan keyakinan dari Alex Ferguson yang mendakwa dia boleh menjadi seorang "ikon United yang unggul".

Tidak berjalan seperti yang diharapkan, bekas pemain Atletico Paranaense, Kleberson kemudian mengakui bahawa dia tidak pernah mendapat menyesuaikan diri dengan kelajuan dan corak bola sepak Inggeris.

Dia meninggalkan United ke Besiktas pada tahun 2005, kemudiannya kembali ke liga Brazil, menghabiskan masa hampir enam tahun, dan akhirnya mencuba nasib di Amerika Syarikat, menyertai Philadelphia Union, Indy Eleven dan Fort Lauderdale Strikers, tempat di mana kini dia menetap.

3. ANDRIY SHEVCHENKO (CHELSEA)

Roman Abramovich secara peribadi membungkus dan menghantar sendiri Shevchenko yang menandatangani kontrak bernilai 30 juta Euro pada 2006 – rekod perpindahan di England ketika itu- sepatutnya menjadi hadiah buat pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Sebaliknya bekas pemain kelab Dynamo Kiev dan AC Milan ini mempamerkan prestasi buruk dan gagal menyinar di Stamford Bridge, dengan hanya menjaringkan sembilan gol dalam 47 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

"Saya gagal menyesuaikan diri dengan gaya permainan Chelsea," akui pemain Ukrain itu, yang kemudiannya menyertai semula AC Milan secara pinjaman untuk musim 2008/09 dan seterusnya mengakhiri karier di kelab pertama dia iaitu Dynamo Kiev.

4. TOMAS BROLIN (LEEDS DAN CRYSTAL PALACE)

Selepas beraksi cemerlang buat negaranya pada Euro 1992 dan Piala Dunia, dua tahun kemudian, ketibaan Brolin di Leeds pada 1995 berjaya mengukir senyuman di wajah masam Howard Wilkinson.

Adalah lebih bagus untuk tidak mengenang nasib malang dia ketika di Crystal Palace

Namun, kesemuanya tidak seindah jangkaan. Kecederaan dan prestasi buruk menghalang kemajuannya, Brolin mulai rasa terbeban dan gagal untuk membuktikan diri di Elland Road.

Kemudian diikuti pula dengan nasib malang di Crystal Palace; tatkala berat badan berlebihan sepanjang akhir musim 1997/1998 ditambah dengan kecederaan berulang, dia hanya bermain dalam 13 perlawanan untuk kelab itu yang kemudiannya telah tersingkir dari liga, memaksa dia berpindah untuk menyertai pasukan dari Sweden, Hudiksvalls A.B.K. Sebagai penjaga gol.