Top 10/50/100

12 alasan paling memalukan dalam bola sepak

Gordon Strachan dan Pierre-Emerick Aubameyang kedua-duanya telah bersuara selepas kegagalan negara mereka untuk layak ke Piala Dunia, menyalahkan genetik dan ... er, jus oren (secara dasarnya). Andrew Murray dari FFT melihat kembali alasan-alasan buruk yang diberikan dalam dunia bola sepak

We are part of The Trust Project What is it?

Membuat penyokong Villa mengamuk

Seolah-olah kekalahan 6-0 Aston Villa kepada Liverpool pada Februari 2016 belum cukup teruk, pertahanan berpengalaman, Joleon Lescott berjaya mengeruhkan lagi keadaan dengan memuat-naik gambar Mercedes selepas perlawanan.

Selepas meminta maaf kepada peminat Villa untuk aksi buruk terbaru pasukan itu, Lescott membuat permohonan maaf kerana memuat-naik foto keretanya. "Saya ingin menyatakan bahawa tweet yang dihantar dari akaun saya yang melibatkan gambar kereta adalah sama sekali tidak disengajakan, ia berlaku semasa saya sedang memandu dan telefon tersebut berada di dalam poket saya."

Aneh telefonnya terlebih pintar untuk menguasai sendiri empat langkah untuk menghantar tweet...

Casper: Hantu yang terlebih mesra

Jika anda ingin menipu isteri anda sekalipun, carilah alasan yang lebih baik berbanding duo liga Peru, Carlos Flores dan Jose Carranza. Pemain tengah, Carranza yang mewakili Universitario, mendakwa dia diculik pada tahun 2003, ketika isterinya, Carmen, mengandung tujuh bulan. Tetapi sebenarnya dia berada bersama juru-sorak, Shirley Cherres ("Sepertinya, dia nikmati saat dia diculik," kata Cherres).

Enam tahun kemudian, pemain tengah CNI, Flores ditemui penat, emosional, berdarah dan telanjang di jalanan, mendakwa dia dikejar oleh hantu. Dia kemudian mengakui: " Saya mereka-reka saja cerita hantu poltergeist itu, saya tidak mahu isteri saya mengetahui saya berparti dengan beberapa wanita. " Maruah terselamat...

Vashchuk naik angin

Terdapat satu penjelasan logik untuk kekalahan 4-0 Ukraine terhadap Sepanyol pada Piala Dunia 2006 di Jerman. "Kerana bunyi katak," kata pertahanan, Vladislav Vashchuk selepas malam tanpa rehat di Seminaris Seehotel di Potsdam. "Kami tidak dapat melelapkan mata."

"Terdapat juga burung berhampiran tasik kami," kata jurucakap hotel yang tidak puas hati. "Pada waktu pagi, mereka bangun dan mula berbunyi. Patutkah kita pergi dan menangkap semua burung itu?" 

Lawatan terbang Brolin

Tomas Brolin mempunyai masalah dengan burung. Dalam perjalanannya untuk mengejar penerbangan ke Yorkshire untuk permulaan pra-musim Leeds pada bulan Jun 1997, kereta pemain bertubuh gempal itu melanggar haiwan berbulu, memecahkan cermin keretanya dan menjadikannya bingung untuk meneruskan perjalanan (dan menafikan khabar angin dia memakannya).

Gambar rosak – yang kelihatan seperti kerja seekor rusa - muncul dalam akhbar Sweden, sementara George Graham yang marah, mengeluarkannya dari foto pasukan rasmi.