14 berita perpindahan pemain yang dijangka akan mendominasi musim panas

Isco

Siap sedia untuk minggu penuh kelainan, persimpangan dan spekulasi melibatkan pemain – pemain bertaraf bintang ini.

Oh, pasaran perpindahan pemain: spekulasi panas tabloid, minggu rundingan panjang yang memenatkan untuk dihadap dan khabar angin tidak hentihenti dari akaun Twitter tidak rasmi dengan liputan eksklusif bermula jam 6 petang. Semua pasti tidak sabar menunggunya bermula lagi.

Mereka yang berada di balik tabir sudah mengetahui hasrat sebenar pemain.

Untuk tempoh masa ini, banyak perpindahan yang telah ditentukan. "Proses merekrut adalah  proses yang sedang berlangsung, berlarutan untuk sepanjang tahun", seorang pengurus terkenal memberitahu FFT baru-baru ini, jelas bahawa mereka yang berada di balik tabir sudah mengetahui hasrat sebenar pemain dan siapa yang bakal ke sana sini.

Ia kemudiannya turun ke proses rundingan; bagi mendapatkan tawaran terbaik, penantian untuk pengganti baru dan sebagainya. Cukuplah tentang cerita disebalik tabir dalam industri perpindahan pemain bola sepak. Jadi, siapa yang bakal menjadi watak penting bermula dari Jun hingga Ogos? Pemain-pemain di bawah berkemungkinan besar menjadi antara yang terpenting

1. Antoine Griezmann

Griezmann

Griezmann: menunggu panggilan

Pemain Perancis ini mungkin tangkapan paling menarik jendela perpindahan buat salah satu pasukan besar Eropah. Masa depannya seolah-olah berkait rapat dengan Diego Simeone selepas pengurus kelahiran Argentina ini dengan sengaja mengurangkan tempoh kontrak dia di Atletico Madrid pada musim panas lalu.

Griezmann dilaporkan mempunyai klausa pembelian sekitar £ 85m, menjadikan dia hanya boleh dibeli oleh segelintir pasukan. Sementara itu, penasihatnya, Eric Olhats (Griezmann tidak mempunyai ejen selepas memilih haluan sendiri tahun lepas) mendedahkan bahawa kelayakan Liga Juara-Juara adalah pra-syarat untuk sebarang kemungkinan perpindahan. Tiada tekanan, Jose.

Boleh pergi ke: Manchester United, Manchester City, Chelsea.

2. Alexandre Lacazette

Alexandre Lacazette

Lacazette: jambangnya kemas, penyerang yang bagus

Pemain Perancis ini adalah salah seorang pemain yang paling dikagumi di Perancis setelah menjaringkan 24 gol dalam 27 perlawanan dalam Ligue 1 setakat musim ini.

Kerap dikaitkan dengan Arsenal dalam jendela lepas, beberapa sumber mendakwa Manchester City juga berminat untuk merekrut pemain yang Ketua Pegawai Eksekutif Lyon, Jean-Michel Aulas percaya, mempunyai harga setanding Griezmann. Walaupun begitu, pemain yang kini miliki 10 penampilan antarabangsa buat Perancis memberitahu, musim panas ini adalah masa yang sesuai untuk dia akhirnya mencabar diri pada tahap yang baru.

Dulunya, Lyon pernah menjual pemain dan mungkin boleh digoda dengan tawaran yang cukup lumayan

Boleh pergi ke: Arsenal, Manchester City, Atletico Madrid

3. Pierre-Emerick Aubameyang

Aubameyang

Aubameyang telah lama dikaitkan dengan Real Madrid

Hans Joachim-Watzke, Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, mengumumkan awal minggu ini bahawa Aubameyang hanya akan meninggalkan pasukan kendalian Thomas Tuchel samada untuk Barcelona atau Real Madrid.

Kelab Jerman itu pasti tidak ingin menjual satu lagi bintang mereka kepada pesaing terdekat Bayern Munich, manakala Auba sendiri mungkin tidak gemar berpindah ke Liga Perdana Inggeris, membuatkan jalan terbentang luas untuk Zinedine Zidane pertimbangkan pilihan, merebut penyerang yang laju bagi mengetuai barisan hadapan Bernabeu. Pemain Gabon ini tidak merahsiakan langsung keinginannya untuk bermain untuk los Blancos sementara masa mengizinkan.

Boleh pergi ke: Barcelona, Real Madrid

4. Romelu Lukaku

Lukaku

Lukaku: mempertimbangkan tawaran (mungkin)

Hikayat telah pun bermula. Danny Murphy memberikan pendapat tentang bagaimana ianya masuk akal untuk Lukaku berpindah sekarang, dan penganalisispenganalisis perlawanan menegaskan bahawa perpindahan ke Chelsea adalah terlalu baik untuk ditolak - seolah-olah melupakan Everton telah menolak banyak tawaran besar sebelum ini dan masih boleh menggunakan khidmat penyerang itu untuk tempoh dua tahun lagi menurut kontraknya.

Jika Rom memutuskan untuk meninggalkan Merseyside dan berpindah, Everton akan mempunyai pilihan untuk memperoleh sekitar £ 70-80m musim panas ini atau hampir separuh daripada jumlah itu pada tahun berikutnya. Seterusnya mungkin akan ditentukan amada Ronald Koeman jumpa pengganti yang sesuai untuk Lukaku yang sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 23 gol.

Boleh pergi ke: Chelsea, Manchester United... atau kekal di Everton (sain kontrak baru)

5. Alexis Sanchez

Sanchez

Masa depan Sanchez menjadi pertaruhan

Satu lagi berita yang sedang hangat diperkatakan ... zzz ... maaf, mari kita mulakan sekali lagi: sub-plot Chelsea sebenarnya telah menambahkan perkembangan cerita menjadi lebih menarik, sekaligus menimbulkan tanda tanya samadadia akan kekal atau pergi? '. Kelihatan seolah-olah pilihan harus dibuat antara PSG, Arsenal dan Chelsea, dengan kebergantungan penuh jika Gunners mampu layak ke Liga Juara-Juara dan boleh dipertimbangkan untuk dijual kepada musuh ketat di London (tak akan berlaku, sudah tentupasti menjadi bencana Perhubungan Awam). Juventus juga boleh menjadi alternatif lain dalam hal ini.

Boleh pergi ke: PSG, Chelsea, Juventus or a new deal at Arsenal