15 sepakan percuma terbaik sepanjang zaman

Rembatan kencang Ronaldo, sepakan lencong Roberto Carlos dan tendangan mengelirukan dari Ronaldinho – kami senaraikan 15 sepakan percuma terbaik sepanjang zaman...

15. Ronaldinho, Flamengo vs Santos

Sama seperti goltonjolterkenal Ronaldinho ketika menentang Chelsea, gol 2011 ini membuktikan dia sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dia dijatuhkan selepas beberapa kali melakukan gerak kaki berbahaya, sebelum tampil mengambil sepakan percuma yang diberikan. Ronaldinho menunggu dengan tenang untuk tembok pertahanan di hadapannya melompat lalu segera melepaskan rembatan rendah yang melalui bawah kaki pemain lawan. Ronaldinho mungkin pernah menjaringkan sepakan percuma yang jauh lebih sukar, tetapi belum ada yang mampu menyaingi tahap genius gol ini.

1:20 for the goal

14. Garrincha, Brazil vs Bulgaria

Jika dilihat kepada kedudukan tembok, penjaga gol dan tempat sepakan percuma itu diambil, satu-satunya cara untuk menjaringkan gol terus (menggunakan kaki kanan) tentunya dengan menyepak dari bahagian dalam but (instep). Tetapi tidak buat Garrincha. Pemain antarabangsa Brazil itu melepaskan rembatan dari bahagian luar but, melencongkan bola ke penjuru kanan untuk memberikan Seleção kelebihan, mendahului 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 1966. Menakjubkan.

13. Hakan Calhanoglu, Hamburg vs Borussia Dortmund

Pemain tengah Turki, Calhanoglu telah melakar nama sebagai salah seorang pakar sepakan percuma dalam beberapa tahun kebelakangan ini - dan gol dibawah ini merupakan gol yang paling menakjubkan dari dia setakat ini. Walaupun jarak 45 meter memisahkan bola dari gawang, namun ia tidak menjadi penghalang buat Calhanoglu (yang mewakili Hamburg ketika itu) untuk melepaskan rembatan deras yang kemudiannya melencong di saat-saat akhir sebelum menemui gawang.

Satu-satunya perkara yang mungkin merencatkan sepakan percuma 2014 ini adalah sikap sambil lewa dan tidak peduli pemain Dortmund untuk cuba mempertahankan gawang dari dibolosi. Apa pun, hakikatnya, tidak banyak yang boleh dilakukan pada ketika itu.

12. Lasse Schone, Ajax vs Feyenoord

"Skuad, Pastikan 20 minit pertama terkawal. Jangan lakukan kesilapan bodoh."

Tentu itulah kata-kata pengurus Feyenoord, Giovanni van Bronckhorst menjelang pertembunganKlassiekermelawan Ajax, tetapi pemain pemain pengurus kelahiran Belanda itu gagal melaksanakan arahannya. 53 saat sebaik sepak mula, Lasse Schone meletakkan pasukan tuan rumah mendahului di Arena Amsterdam, melepaskan rembatan padu dari sepakan percuma jarak jauh yang melayang terus mengenai palang gol sebelum melantun laju melepasi garisan. Permulaan yang baik dari pasukan tuan rumah, secara keseluruhannya.

11. Teofilo Cubillas, Peru vs Scotland

Cubillas kelihatan yakin saat Peru mendapat sepakan percuma dalam perlawanan menentang Scotland pada tahun 1978, dengan tiga daripada rakan sepasukannya memenuhi ruang luar kotak pasukan lawan.

Bagaimanapun, semua itu cuma sekadar lakonan yang menyaksikan Juan Munante melakukandummydan Cubillas kemudiannya menyepak bola menggunakan bahagian luar kakinya. Cubillas mempamerkan teknik yang baik dan sepakannya itu boleh dianggap sepakan percuma terbaik dalam sejarah Piala Dunia (maaf Becks).

Pages