20 Jersi Terbaik EPL

Dari fesyen menaikkan kolar oleh Eric Cantona ke dua nombor milik David Ginola, kami menilai fesyen terbaik yang pernah ada di Liga Perdana.

20. DERBY, 1997/98 (HOME)

Untuk sebab tertentu, trend jersi longgar semakin mendapat tempat pada akhir tahun 90-an - gambarkan Steve McManaman bergerak dalam jersi lengan panjang yang kelihatan seolah-seolah dipinjam dari abang yang jauh lebih besar.

Walau bagaimanapun, jersi putih keluaran Puma itu merupakan salah satu jersi yang tampak kemas, terutamanya apabila dimodelkan oleh manusia hibrid, Paolo Wanchope yang memiliki: tubuh sasa, skil dan gerak mengelirukan, dibaluti pula jersi bersaiz ‘windbreaker’ pantai.

19. EVERTON, 2015/16 (HOME)

Satu menara kecil dan sepasang gajah mampu memberikan elemen penaik kepada jersi bolasepak, dan sementara usaha Umbro selama ini sememangnya mengagumkan, versi musim lalu mungkin adalah yang terbaik, menjadikan Leighton Baines bergaya dari setiap sudut.

18. NOTTINGHAM FOREST, 1992/93 (HOME)

Ada yang berpendapat bahawa ketibaan Stan Collymore atau Jason Lee pada 1994 merupakan usaha berani kelab. Namun, langkah ini sebenarnya hasil dana kewangan kelab sendiri, berterima kasih kepada corak jalur halus, logo bersahaja, dan penajaan Shipstones, pembuat bir tempatan yang sesuai dengan imej ganas Roy Keane berbanding syarikat Labatts dari Kanada yang mengambil alih pada musim berikutnya.

17. SHEFFIELD WEDNESDAY, 1992/93 (HOME)

Liga Perdana masih lagi terasa janggal tanpa kelibat batalion Wednesday. Jersi musim '92 mereka nyata menyerlah: satu lagi usaha Umbro, dikenakan pula oleh Chris Waddle yang sentiasa tampil yakin.

16. MANCHESTER CITY, 1994-95 (AWAY)

City mungkin sedikit kucar-kacir tatkala di atas padang, namun jersi Umbro mereka sentiasa kelihatan kemas. Jalur biru Cambridge pada jersi away berwarna putih sememangnya membuatkan ia menonjol, dan pernah digayakan oleh Liam dan Noel Gallagher untuk penggambaran muka depan majalah Cool Britannia – serta turut memastikan penaja 'Brother' kelihatan lebih sesuai untuk berada di bahagian depan.

Pages