Top 10/50/100

5 capten terbaik Malaysia di Sukan Asia

Kami melihat semula lima pemain yang mengetuai Malaysia di Sukan Asia.

We are part of The Trust Project What is it?

Dalam sejarah penyertaan negara dalam acara bola sepak Sukan Asia, skuad 1962 (Malaya ketika itu) dan 1974 adalah barisan paling cemerlang dengan kejayaan meraih perak dalam dua edisi temasya tersebut.

Siapa pula kapten paling cemerlang skuad negara di temasya Sukan Asia?  FFT menghimpunkan lima kapten terbaik skuad negara di temasya Sukan Asia.

Edwin Dutton (Sukan Asia 1962)

Edwin Dutton adalah pertahanan kental Selangor dan kebangsaan pada era 50 hingga pertengahan 60an dan ketika negara masih dikenali sebagai Malaya.

Kejayaan meraih gangsa pada temasya 1962 juga adalag pencapaian terbaik Edwin di pentas antarabangsa.

Di peringkat kumpulan, Malaya berada sekumpulan dengan tuan rumah, Indonesia, Vietnam Selatan dan Filipina.

Malaya menang 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, sebelum membelasah Filipina 15-1 dan tewas 3-0 kepada Vietnam Selatan.

Di separuh akhir, Malaya tumpas 2-1 kepada selepas masa tambahan dan berdepan Vietnam Selatan sekali lagi untuk aksi penentuan pingat gangsa.

Kali ini Malaya tampil lebih ampuh untuk merakam kemenangan 4-1 ke atas Vietnam.

Barisan negara yang diketuai Edwin sebenarnya adalah pemain generasi emas bola sepak negara pada era 50an hingga 60an.

Antara yang membarisi skuad Harimau Malaya ketika itu ialah Raja Bola, Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat, pertahanan kental Perak, Yee Seng Choy, Sexton Lordes, Robert Choe dan Arthur Koh.

Ramai pemerhati bola sepak berasa, jika halangan Korea mampu di atasi ketika itu tidak mustahil skuad 1962 berupaya meraih emas.

Namat Abdullah (1974)

Pertahanan kental dari Pulau Pinang ini mengetuai pemain "Generasi Emas" 70an bola sepak negara pada temasya yang berlansung di Tehran, Iran.

Namun, Namat seorang pertahanan yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang membolehkannya dihormati rakan sepasukan lain.

Antara yang membarisi skuad 1974 ialah lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Ali Bakar dan juga Datuk Soh Chin Aun.

Aksi pusingan awal menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama Israel (ketika itu anggota AFC), Jepun dan Filipina.

Perlawanan pertama menyaksikan Malaysia dibelasah Israel 8-3 namun, bangkit selepas itu untuk seri 1-1 dengan Jepun sebelum membelasah Filipina 11-0 untuk memastikan kemaraan.

Saingan pusingan kedua menyaksikan Malaysia sekumpulan dengan Iran,Iraq dan Korea Selatan.

Bintang lagenda Iran, Ali Parvin meraih gol tunggal ketika menewaskan Malaysia 1-0 dalam aksi pertama pusingan kedua.

Malaysia kemudian seri 0-0 berdepan Iraq dan kemudian menewaskan Korea Selatan 3-2 untuk muncul naib juara Kumpulan A, pusingan kedua.

Selaku naib juara, Malaysia berdepan naib juara Kumpulan B, Korea Utara dalam penentuan tempat ketiga-keempat.

Dan ya, Malaysia menang 2-1 ke atas negara yang mara ke suku akhir Piala Dunia 1966 di England, untuk memastikan gangsa milik kontinjen negara.

Skuad yang diketuai Chin Aun mudah melepasi halangan pusingan pertama yang dibarisi India dan Bangladesh.

Datuk Soh Chin Aun (1978)

Soh Chin Aun adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat tempatan biarpun sudah lebih dariapda tiga dekad dia bersara.

Pemain kelahiran Melaka ini beraksi dengan skuad negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan turut membantu barisan negara layak ke Sukan Olimpik 1980 Moscow.

Selepas berada dalam skuad 1974 yang meraih gangsa di Tehran, Chin Aun mengetuai satu lagi generasi emas pemain negara di temasya 1978 yang berlansung di Bangkok.

Selain Chin Aun, beberapa bintang 70an negara turut membarisi skuad negara ketika itu seperti  Datuk Santokh Singh, Allahyarham Mokhtar Dahari dan juga penjaga gol R Arumugam.

Bekas pengendali Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan, Azraai Khor Abdullah turut berada dalam skuad negara ketika itu.

"Ia sebenarnya adalah barisan agak kuat juga ketika Sukan Asia 1978, kerana ramai tonggak 1974 turut berada dalam pasukan.

"Chin Aun seperti yang semua ketahui, asalah seornag kapten yang baik dan sentiasa dihormati rakan sepasukan lain," kata Azraai mengimbas kenangan bermain bersama Chin Aun ketika itu.

Skuad yang diketuai Chin Aun dan dikendalikan Karl Heinz Weigang ini mudah melepasi halangan pusingan pertama yang dibarisi India dan Bangladesh.

Namun, apabila saingan pusingan kedua Malaysia berada sekumpulan dengan Korea Selatan, China dan tuan rumah Thailand.

Malaysia tewas dalam kesemua perlawaban pusingan kedua termasuk 7-1 dengan China dan gagal mara ke penats akhir atau perlawanan penentuan tempat ketiga.

Selepas edisi 1978, Malaysia terpaksa menanti sehingga edisi 2010 di Guangzhou untuk berjaya melepasi halangan pusingan pertama.