Top 10/50/100

5 capten terbaik Malaysia di Sukan Asia

We are part of The Trust Project What is it?

Dollah Salleh (1994)

Edisi temasya dari 1982 hingga 1990, menyaksikan kemerosotan skuad kebangsaan di Sukan Asia.

Kerana itu ketika pengendali Perancis, Claude Le Roy membimbing skuad negara pada temasya 1994 di Hiroshima, ramai yang menjangka barisan ini mampu melepasi badi tersingkir awal.

Apatah tidaknya, skuad 1994 tampak lengkap di setiap posisi dengan Dollah Salleh di beri kepercayaan mengetuai barisan negara.

Pengendali Pahang ini tidak perlu lagi diperkenalkan dan pada 1994, dia tieit berada di kuncak prestasinya.

Dollah adalah penyerang kebangsaan terakhir menjaringkan gol kemenangan ke atas skuad senior Korea Selatan, ketika menang 1-0 ke atas gergasi Asia itu di pusingan kelayakkan Piala Dunia 1986 pada 1985.

Sebagai pemain, Dollah selesa sebagai penyerang dan kerap juga bertindak sebagai seorang pemain tengah.

Selain Dollah, pemain lain yang turut membarisi pasukan ketika itu ialah Hashim Mustapha, Datuk Ong Kim Swee, Azman Adnan dan Azizul Abu Haniffah.

Namun Malaysia berada dalam Kumpulan B yang cukup mencabar, dengan Uzbekistan, Arab Saudi, Hong Kong dan Thailand menanti.

Malaysia menang aksi pertama 4-3 mengatasi Hong Kong namun, tumpas 5-0 kepada Uzbekistan dalam aksi kedua.

Dalam aksi penentuan berdepan Saudi, Malaysia tewas 2-1 meskipun Dollah berjaya meraih gol penyamaan ketika itu.

Aksi terakhir kemudian berakhir dengan seri 1-1 dengan Thailand dan Malaysia gagal menduduki dua tempat teratas kumpulan ke pusingan seterusnya.

Salah seorang pemain negara, Chong King Kong ketika itu di tahan di Hiroshima kerana disyaki terbabit dengan gejala rasuah bola sepak yang ketika itu melanda bola sepak negara.

"Ia antara skuad kebangsaan terkuat yang pernah saya beraksi dan selain daripada kekalahan kepada Uzbekistan, kami memberi cabaran dalam semua perlawanan kami.

"Mungkin gejala yang melanda bola sepak negara ketika itu sedikit sebanyak menjejaskan juga moral pasukan di Sukan Asia," kata Dollah Salleh.

Dollah di beri kepercayaan mengetuai barisan negara pada tahun 1994.

Safiq Rahim (2010)

Prestasi Safiq ketika ini mungkin sedikit menurun berbanding musim-musim sebelum ini.

Namun, bekas pemain Selangor ini wajar dinamakan sebagai antara kapten cemerlang skuad negara ke tamasya Sukan Asia untuk edisi 2010 di Guangzhou.

Safiq mungkin berusia 22 tahun ketika Sukan Asia Guangzgou, namun dia berjaya mengetuai skuad B23 Tahun negara mara ke peringkat 16 akhir.

Saingan 2010 juga adalah edisi ketiga Sukan Asia yang mensyaratkan saingan B23 Tahun untuk bola sepak dengan hanya tiga pemain melebihi umur.

Malaysia berada sekumpulan dengan Jepun, tuan rumah China dan Kyrgyzstan dalam Kumpulan A.

Aksi pertama Malaysia tumpas 2-0 kepada Jepun dan kemudian berlansungnya aksi kedua berdepan China.

Meskipun China menang 3-0, beberapa keputusan pengadil dari Australia, Ben Williams menimbulkan keraguan termasuk melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara.

Dalam aksi terakhir, Malaysia perlu menewaskan Kyrgyzstan untuk sebarang kemungkinan ke 16 akhir.

Malaysia menang 2-1 dan layak ke 16 akhir sebagai antara tiga pasukan tempat ketiga terbaik.

Namun, perjalanan skuad kendalian Datuk K Rajagobal berakhir di tangan Iran di 16 akhir dengan  kekalahan 2-1.

Skuad yang diketuai Safiq ini, turut menjadi pasukan negara yang pertama ke pusingan kedua acara bola sepak sejak 1978 di Bangkok.

Selepas saingan Sukan Asia Guangzhou, Rajagobal mengekalkan sebahagian besar pemain untuk saigan Piala Suzuki.

Hasilnya, skuad negara muncul juara Piala Suzuki 2010, menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat di final.