Stories

5 lagi pemain bola sepak kelahiran asing yang boleh mewakili Harimau Malaya

We are part of The Trust Project What is it?

Curran Singh Ferns (Felda United)

Seperti Wark, Ferns memulakan pengembaraan dalam di MSL bersama JDT II dalam saingan Liga Premier pada 2015.

Ferns adalah bekas pemain remaja Melbourne Victory, antara kelab utama yang sering merebut kejuaraan Liga A Australia

Selepas kurang menyerlah, Ferns mencari haluan baru bersama Negeri Sembilan musim lalu sebelum Felda United membuka pintu buatnya musim ini.

Selesa sebagai pertahanan tengah atau pemain tengah namun, pengendali Felda B Sathianathan lebih gemar menggunakannya sebagai pemain tengah.

Dalam beberapa perlawanan Liga Super di penghujung musim menyaksikan, kombinasi Ferns, Wark dan Zah Rahan Krangar cukup ampuh di bahagian tengah Felda.

Kombinasi trio ini juga kerap membuka peluang gol buat penyerang Felda, Thiago Fernandes dan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor meraih jaringan pasukan.

Ferns adalah bekas pemain remaja Melbourne Victory, antara kelab utama yang sering merebut kejuaraan Liga A Australia.

Bakat mudanya pula diasah di Institut Sukan Victoria yang pernah menghasilkan beberapa pemain utama Socceroos dari Australia Selatan.

Dengan struktur fizikal yang baik, Ferns kerap memenangi perebutan bola di kawasan tengah serta mampu melakukan umpanan tepat kepada penyerang.

Jika Felda mampu melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia dan Ferns terus menyinar, tidak mustahil Nelo Vingada akan membuka peluang buatnya menyarung jersi Harimau Malaya.