Stories

5 pasukan yang ‘bungkus’ kerana masalah kewangan

Berikut kami senaraikan lima buah kelab yang telah mewarnai Liga-M, tetapi akhirnya terpaksa ditutup operasinya kerana masalah kewangan.

We are part of The Trust Project What is it?

Sebaik sahaja Terengganu City dan Selangor United mengesahkan kemaraan ke saingan Liga Premier 2019, perkara pertama yang menjengah pemikiran adalah sejauh mana kesediaan mereka terutamanya dari segi kewangan untuk bersaing di satu level yang jauh lebih tinggi.

Kesedaran kebanyakan pasukan mengenai perkara ini nampak seperti masih terlalu rendah walaupun saban tahun kita dimomokkan dengan pelbagai isu yang berkaitan kewangan. 

Bukan sahaja dua pasukan ini perlu mempersiapkan diri dengan kewangan lebih kukuh dan meyakinkan, tetapi badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia dan badan pengelola pertandingan Malaysia Football League juga perlu tegas menguatkuasakan peraturan jika tidak mahu beberapa tragedi hitam yang berlaku pada 2018 berulang. 

Sudah tentunya banyak pengajaran dan teladan boleh diambil oleh Terengganu City, Selangor United dan juga pasukan-pasukan lain daripada nasib malang menimpa Kuantan FA di mana kelab itu menjadi pasukan pertama dibatalkan penyertaan dari bermain di Liga Malaysia berikutan masalah kewangan kritikal. 

Malah sebelum Kuantan FA, sudah ada banyak kes lampau pasukan gagal bergelut menangani masalah kewangan namun bezanya mereka membuat keputusan menarik diri lebih awal agar tidak menimbulkan konflik di kemudian hari.  
 
Berikut kami senaraikan lima buah kelab yang telah mewarnai Liga-M, tetapi akhirnya terpaksa ditutup operasinya kerana masalah kewangan. 

Difahamkan kegagalan pasukan ini yang ditubuhkan oleh kerabat diraja Pahang untuk mendapatkan suntikan kewangan dari pihak istana merupakan sebab yang membawa operasi mereka berkubur.

Real Mulia FC

Pasukan ini ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam saingan Piala FAM 2015 dan mensasarkan untuk mencipta nama sebagai sebuah pasukan yang berjaya dalam arena bolasepak tempatan dengan bermula daripada bawah tetapi bertahan hanya semusim. 

Dengan bajet melebihi RM3 juta pada musim pertama ditubuhkan, Real Mulia adalah salah sebuah pasukan Piala FAM paling mewah ketika itu selain Felcra FC dan Air Asia FC. 

Mereka telah merekrut antara nama besar dalam bolasepak tempatan seperti Syamsuri Mustafa, Shahril Faizal Sharifudin, Khairan Ezuan Razali, Zulkifli Effendi Zakri, Wan Alif Jasmi dan ramai lagi untuk memperkuatkan pasukan manakala Yunus Alif yang membawa Pahang menjuarai edisi pertama Liga Super dilantik sebagai ketua jurulatih. 

Bekas bintang Johor dan Selangor, Alistair Edwards dilantik sebagai Pengarah Teknikal dan menjadi penerima gaji tertinggi kelab dengan bayaran melebihi RM40,000. 

Setelah menunjukkan potensi yang baik di awal musim, prestasi pasukan ini mula merudum ketika saingan menuju ke penghujung menyebabkan mereka terlepas tiket ke Liga Premier setelah menamatkan cabaran di tempat kedua di belakang Perlis. 

Mereka sudahpun memulakan persiapan untuk musim 2016 tetapi ianya difahamkan kegagalan pasukan ini yang ditubuhkan oleh kerabat diraja Pahang untuk mendapatkan suntikan kewangan dari pihak istana merupakan sebab yang membawa operasi mereka berkubur sepantas populariti yang mereka raih. 

Pages