Analysis

5 pemain yang perlu memberi justifikasi di atas pemilihan skuad Malaysia

Dengan Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung pada November depan, persiapan sedang rancak dilakukan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagi membentuk sebuah skuad berkualiti.

We are part of The Trust Project What is it?

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos. Misi utama sudah tentunya menebus kecewa di kejohanan dwitahunan itu dua tahun lalu apabila Malaysia mengalami aib besar gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Enam aksi persahabatan telah disusun bagi memperkasa persiapan bermula dengan Fiji pada 5 Julai, diikuti Taiwan (7 September), Kemboja (10 Oktober), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

Cheng Hoe telah memanggil ramai muka baharu untuk memberi mereka peluang memikat perhatiannya agar dapat disenaraikan dalam skuad akhir yang beraksi di kejohanan itu nanti termasuk jugalah himpunan pemain dari skuad B-23 kebangsaan.

Bagi pemain-pemain utama dan regular yang merupakan tonggak pasukan masing-masing dalam saingan liga sudah tentunya tidak perlu risau dengan kedudukan mereka tetapi bagi pemain berstatus pilihan kedua dan simpanan yang lazimnya dipanggil sebagai pengganti, ini masanya untuk mereka menyerlah membuktikan sesuatu bagi merebut tempat di dalam skuad.   

Berikut adalah lima pemain yang kami lihat perlu bekerja keras memberi justifikasi kepada Cheng Hoe dan penyokong bolasepak tanah air, tentang sebab mengapa mereka layak berada di dalam skuad setelah disenaraikan untuk menjalani latihan pusat.

Rawilson Batuil - Sabah

Rawilson mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan seorang pertahanan moden dan dilabel sebagai kereta kebal pasukan Sabah. Merupakan tunjang dalam sistem permainan tiga pertahanan yang diamalkan Jelius Ating. 

Skuad negara pada hakikatnya belum mempunyai pasangan pertahanan tengah yang benar-benar regular di bawah kendalian Cheng Hoe berikutan ketiadaan pemain senior seperti Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Shahrom Kalam dan Aidil Zafuan Radzak.

Buat masa ini gandingan yang menjadi pilihan utamanya adalah Irfan Zakaria dan Shahrul Saad yang digandingkan ketika menentang Lubnan dan Bhutan selain Adam Nor Azlin yang turut boleh bermain di posisi pertahanan tengah justeru kehadiran Rawilson tentunya memberi lebih pilihan kepada Cheng Hoe.

Kenny Palraj – Perak

Photo: Harian Metro

Kenny mungkin bukanlah pemain kesayangan penyokong Perak tetapi seperkara yang pasti dia boleh dilabel sebagai pemain versatile - boleh bermain di posisi pertahanan, tengah bertahan, tengah, tengah menyerang dan juga telah digunakan oleh Mehmet Durakovic di posisi sayap – satu kelebihan besar buatnya.

Kenny juga diketahui sebagai seorang yang kreatif namun untuk dia mencabar posisi Nazmi Faiz Mansor mungkin sedikit sukar, namun  watak agresif seperti Kenny mungkin diperlukan Cheng Hoe di posisi tengah bertahan jika dia mencari seseorang untuk melakukan ‘kerja kotor’ di bahagian bawah dalam masa sama dapat membantu pertahanan  untuk bermain dengan lebih yakin.