5 penyerang alternatif buat Man United selain Griezmann

Pierre-Emerick Aubameyang

Pemain Atletico Madrid ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, tetapi perpindahan ini tidak berlaku selepas beliau membuat keputusan untuk kekal di Atletico. Namun berikut adalah lima nama lain yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh United...

Memang tidak diragui Manchester United telah berjuang bermati-matian di penghujung musim lepas, dan menghadapi sedikit kesukaran untuk menewaskan pasukan-pasukan bawahan.

Keputusan seri 1-1 ketika menentang Bournemouth di Old Trafford bukanlah yang pertamamalangnya buat Jose Mourinho, ia merupakan keputusan seri ketujuh mereka di laman sendiri dimana mereka sekadar mencatatkan peratusan 42.8% kemenangan musim ini, rekod terburuk sejak 1990 tatkala mereka menghuni di tangga ke-13 liga dan di penghujung kemarau piala 25 tahun.

Mereka tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mencipta peluang: United telah mencipta 343 peluang musim ini, angka yang hanya Tottenham (352) dan Liverpool (365) mampu saingi - tetapi mereka menduduki tempat ketujuh Liga Perdana jika mengambil kira jaringan gol. Seterusnya, United menduduki tangga ke-19 dalam statistik terjemahan peluang - hanya Southampton (9.19) memerlukan lebih untuk setiap jaringan yang terhasil, dengan catatan 8.79 bagi setiap gol, lebih daripada purata biasa 6.71.

United kerap dikaitkan dengan bintang Perancis dan Atletico Madrid, Antoine Griezmann sejak dari mula lagi - tetapi tidak berjaya. Berikut adalah lima penyerang alternatif yang perlu Mourinho pertimbangkan...

Kylian Mbappe

Penyerang Monaco, Mbappe telah dikaitkan dengan banyak kelab besar Eropah

1. Andrea Belotti (Torino)

Pemain berusia 23 tahun ini adalah pakar pemburu gol dalam kawasan kotak penalti, mempunyai gaya seakan serupa lagenda Old Trafford, Ruud van Nistelrooy yang sering menyapu bersih peluang terhidang dengan pengalaman yang dimiliki

Bintang bola sepak Itali yang sedang meningkat naik ini mempunyai 22 gol Serie A musim 2016/2017. Belotti yang mewakili Torino kini mengikuti rapat pemenang lima kali Ballon d'Or, Lionel Messi untuk merebut gelaran Kasut Emas Eropah.

Zlatan Ibrahimovic turut sama menerima pujian selepas dia mempamerkan prestasi mengagumkan di Old Trafford, menjaringkan 26 gol dalam 37 perlawanan. Namun, pemain berusia 35 tahun itu juga sedikit sebanyak pernah menjadi punca dan melepaskan beberapa siri peluang di depan gawang yang mungkin berpotensi untuk mengubah keputusan seri perlawanan. Sememangnya, dengan 17 peluang yang dilepaskan, bekas penyerang Milan dan Barcelona ini ternyata telah mencatatkan angka tertinggi jika hendak dibandingkan dengan mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris lain - Benik Afobe dari Bournemouth menduduki tangga kedua dengan sembilan pembaziran.

Belotti dijangka akan memperkuatkan jentera serangan Red Devils. Pemain berusia 23 tahun ini adalah seorang pakar pemburu gol dalam kawasan kotak penalti, mempunyai gaya seakan serupa lagenda Old Trafford, Ruud van Nistelrooy yang sering menyapu bersih peluang terhidang dengan pengalaman yang dimiliki, dan bukan sekadar seorang pemain muda yang hanya beraksi dalam musim ketiga bola sepak di peringkat tertinggi.

Pemain antarabangsa Itali ini digelar Il Galloatau Ayam Jantantelah melakukan cubaan, termasuk yang dihalang, secara keseluruhan, 80 rembatan dalam Serie A musim ini. Dengan 22 gol yang dijaringkan, dia memiliki purata menakjubkan 3.64 rembatan untuk setiap gol. Jika dibandingkan, Ibrahimovic menjaringkan 15 gol daripada 110 cubaan - purata 7.33 rembatan bagi setiap gol - bermakna Belotti cuma memerlukan separuh daripada percubaan pemain Sweden itu untuk menjaringkan gol.

Dilaporkan turut menjadi sasaran Arsenal, harga Belotti tentunya meningkat naik: terutamanya, kontrak baru yang ditandatangani pada awal musim mengandungi klausa pembelian 100 juta untuk pasukan luar Itali. Tetapi jika dinilai dari tahap keberkesanannya ketika di depan gol, bakat berusia 23 tahun ini pastinya satu pelaburan yang berbaloi.