Stories

5 sebab mengapa Real Madrid bergelut musim ini

Real seperti biasa dianggap pasukan kegemaran ketika pra-musim Liga Sepanyol tetapi kini ketinggalan 8 mata di belakang Barcelona. 

We are part of The Trust Project What is it?

Prestasi buruk Real Madrid mungkin mengancam kempen mereka musim ini. Thore Haugstad meneliti situasi mereka tatkala Los Blancos bersedia untuk menghadapi perlawanan mendatang. Apabila pasukan hebat mula goyah, diagnosisnya sering kompleks. Real Madrid, juara Sepanyol dan Liga Juara-juara bertahan, telah jatuh dari puncak La Liga dan ketinggalan 8 mata selepas 14 perlawanan. 

Mereka gagal memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan di laman sendiri buat pertama kalinya sejak 1995. Real tewas di tangan Girona, dan merupakan kekalahan pertama mereka kepada pendatang baru sejak 1990. Bagaimana semuanya terjadi? Skuad ini adalah skuad sama yang menakluki Eropah pada Jun lalu. Pemain-pemain bintang semuanya masih bermain, begitu juga dengan jurulatih, Zinedine Zidane yang masih mengendalikan pasukan.

Tiada tanda-tanda isu dalaman, malah pada Ogos lalu, mereka mengalahkan Barcelona di Santiago Bernabeu untuk memenangi Piala Super Sepanyol 5-1 secara agregat. Untuk memahami apa yang telah berubah sejak itu, mari lihat lima isu utama ini.

1. Penyerang gagal menyudahkan peluang gol

 Di saat sukar, lebih mudah untuk menyalahkan pemain pertahanan. Madrid mempunyai hanya tiga perlawanan tanpa bolos setakat ini. Lihat perlawanan mereka dan anda akan mendapati ruang terbuka luas di bahagian tengah, benteng belakang yang goyah dan pertahanan kiri dan kanan yang sering meluru ke depan. Malah pemain pertahanan tengah turut naik bersama untuk melakukan serangan. 

Apabila Girona boleh menjaringkan dua gol, ia jelas Real mempunyai masalah di bahagian benteng. Namun, ini tidak asing lagi buat mereka, perkara tersebut  turut berlaku pada musim lepas. Zidane menerima risiko ini kerana mereka boleh mengatasinya dengan penggunaan penyerang berbakat di depan, yang biasanya menjalankan kerja mereka. Keputusan perlawanan sering menghiburkan di mana pertahanan nyata huru-hara, namun banyak jaringan terhasil dan tiga mata tetap milik Real.

Musim ini, benteng pertahanan mereka sebenarnya lebih baik daripada sebelum ini. Mereka telah mencatatkan rekod 0.90 gol setiap perlawanan, turun dari 1.08.  Masalahnya, gol yang sering menutupi kesalahan pertahanan kini semakin berkurangan.

Madrid masih mencipta peluang, dan melepaskan rembatan secara lebih kerap sekarang berbanding musim lalu. Tetapi pembaziran peluang mereka amat luar biasa. Model 'gol yang dijangka' sepatutnya mencecah 27 gol liga setakat ini – namun mereka cuma mempunyai 19. 

Cristiano Ronaldo, yang digantung empat perlawanan pertama, telah melepaskan lebih 40 rembatan dalam sembilan penampilan liga sejak itu dan menjaringkan dua gol. Dengan kadar penterjemahan ‘biasa’, Madrid sepatutnya selesa. Paling jelas ketika kekalahan di laman sendiri kepada Real Betis, kali pertama mereka gagal menjaringkan gol dalam 73 perlawanan. 

Sukar untuk mempercayai masalah penyudah mereka: 27 percubaan dilepaskan. Sehingga baru-baru ini, anda boleh katakan bahawa Madrid bermain dengan baik dan hanya memerlukan penyerang mereka untuk mendapatkan semula sentuhan gol. Tetapi kemudian datang kekalahan 2-1 kepada Girona.

Pages