8 adik-beradik yang bertemu dalam satu perlawanan – dan apa yang berlaku

Gary, Phil Neville

Paul dan Florentin Pogba telah bertemu apabila Manchester United menentang Saint-Etienne pada Khamis lepas, di sini kami senaraikan pertemuan adik beradik yang terkenal.

1. Gary dan Phil Neville

Pada 2006, mereka menjadi adik-beradik pertama yang mengetuai pasukan mereka dan menentang satu sama lain dalam Premier League

'Neville brothers' adalah pasangan adik-beradik paling terkenal dalam bola sepak Inggeris sejak adik-beradik Charlton, dengan kedua-dua bekas pemain Manchester United itu kini pengulas bola sepak, rakan kongsi perniagaan dan juga pemilik sebahagian daripada Salford City. Dibawah Sir Alex Ferguson mereka bermain bersama selama 10 tahun di Old Trafford, sebelum Phil menyertai Everton pada 2005.

Beliau membuat penampilan pertama liga untuk Everton dalam kekalahan 2-0 ke atas United di Goodison, dan pada 2006 mereka menjadi adik-beradik yang pertama menjadi ketua pasukan kelab masing-masing, menentang satu sama lain dalam Premier League.

"Ia detik yang sukar, terutama sekali bagi ibu saya," Phil akui. "Bapa saya penyokong Manchester United - dia menyokong United sehingga akhir hayatnya - tetapi ibu saya hanya mahukan dua anak lelakinya gembira dan rumah yang gembira."

Phil Neville, Gary Neville

Hubungan adik-beradik Neville tetap baik selepas United seri dengan Everton pada 2005

2. Kolo dan Yaya Toure

Perpindahan Kolo ke Liverpool bermakna mereka akan bersaing dalam perlawanan akhir League Cup 2016

Pasangan adik-bradik dari Ivory ini memulakan karier mereka di ASEC Mimosas sehingga Toure yang lebih muda, Yaya berpindah ke kelab Belgium KSK Beveren pada 2001. Ia mengambil masa sembilan tahun sebelum mereka menjadi rakan sepasukan sekali lagi, kali ini di Manchester City.

Perpindahan Kolo ke Liverpool bermakna mereka menjadi lawan dalam perlawanan akhir League Cup pada 2016, walaupun Kolo hanya masuk 25 minit selepas perlawanan bermula bagi menggantikan Mamadou Sakho yang cedera. Apabila ditanya sebelum perlawanan apa yang akan dia lakukan jika Yaya sedang menuju ke gawang gol, Kolo yang kini bersama Celtic tanpa memberitahu: "Semestinya saya akan menghalangnya dengan keras."

Malangnya itu tidak berlaku, dan Yaya yang gembira pada akhir perlawanan apabila pasukannya menjuarai pertandingan itu dalam sepakan penalti.

3. Jerome dan Kevin-Prince Boateng

Mereka bertemu dalam Piala Dunia 2010 dan 2014

Kevin-Prince membesar bersama ibunya dan Jerome bersama bapanya, tetapi kedua-dua mereka tetap mempunyai hubungan yang baik semasa kecil. Kedua-dua Boaten tidak memberikan impak dalam Premier League tetapi kedua-dua mereka telah berjaya di Eropah; Jerome sebagai salah seorang pertahanan yang terbaik Eropah di Bayern Munich, sementara Kevin-Prince beraksi dengan baik untuk Las Palmas selepas bersama Milan.

Mereka merupakan rakan sepasukan semasa bersama pasukan remaja Jerman, tetapi di peringkat senior, Kevin-Prince memilih untuk mewakili negara kelahiran ibu bapanya, Ghana. Kedua-dua mereka bertemu dalam Piala Dunia 2010 dan 2014, dengan pasukan Jerome, Jerman berjaya menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan.