Stories

8 import yang akan menghangatkan Liga Super Malaysia

Dengan musim Liga Super Malaysia (MSL) 2018 telah pun bermula kini, kebanyakan pasukan telah mengisi slot kuota pemain asing mereka, tatkala mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam kempen musim ini. FourFourTwo menyenaraikan 10 pemain import yang pertama kali menjejakkan kaki ke MSL dan dijangka memikat hati peminat ...

We are part of The Trust Project What is it?

TIAGO GOMES

Gomes berkemungkinan menjadi pemain yang mengawal bahagian tengah Melaka United musim ini.

Skuad Hang Tuah telah melakukan langkah bijak di jendela perpindahan untuk memastikan perkhidmatan pemain Portugis ini dan keupayaan Gomes dengan bola tentu membolehkannya melepaskan hantaran ke pemain sayap lincah seperti R. Gopinathan dan S. Chanthuru.

Gomes, yang menamatkan saingan selaku juara dua kali dengan APOEL di Cyprus beberapa tahun lalu, membawa pengalaman berharga apabila dia juga pernah bermain di Liga Primeira Portugis, La Liga Sepanyol, Liga Romania dan Championship di England.

RAFAEL RAMAZOTTI

PKNS menunggu sehingga beberapa hari sebelum permulaan musim ini untuk mengesahkan penyertaan pemain Brazil ini dan dia boleh menjadi aset penting.

Sudah berhajat untuk menjaringkan banyak gol untuk Semut Merah, Ramazotti akan menerajui serangan skuad bekas jurulatih Malaysia, K. Rajagobal yang telah kembali berkhidmat.

Ramazotti telah menjaringkan hampir 70 gol dalam kesemua pertandingan untuk pasukan Liga S Brunei, DPMM sejak tiga musim lalu. Dia merangkul anugerah Kasut Emas Liga S pada 2015 dan 2016 masing-masing dengan 21 dan 20 gol.

Penyerang yang tinggi lampai ini menjaringkan 14 gol liga tahun lalu, walaupun terlepas kebanyakan aksi pasukannya.

Pages