8 pemain yang menjaringkan lebih banyak gol daripada Cristiano Ronaldo untuk pasukan kebangsaan

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo setakat ini telah menjaringkan 71 gol untuk Portugal. Siapakah pemain yang telah menyumbangkan lebih banyak gol daripada bintang Real Madrid itu untuk negara mereka?

8. Sandor Kocsis, Hungary (68 caps, 75 gol)

Pada lewat 40-an hingga awal pertengahan 50-an, berdepan Hungary pastinya satu mimpi buruk buat barisan pertahanan. Walaupun seseorang pemain berjaya mengekang Ferenc Puskas, dia masih juga terpaksa berdepan dengan seorang lagi penjaring gol prolifik dunia.

Sandor Kocsis sebenarnya memiliki nisbah yang lebih baik dalam statistik gol/perlawanan berbanding lagenda, Puskas - 1.10 / perlawanan, bersamaan dengan 75 gol dalam 68 perlawanan antarabangsa. Nisbah yang hampir menyamai lagenda Jerman Barat, Gerd Muller (yang tidak tergolong dalam senarai ini kerana dia hanya bermain dalam 62 perlawanan antarabangsa untuk 68 gol miliknya dan bersara daripada arena antarabangsa pada usia 28 tahun).

Kocsis menjaringkan tujuh hatrik buat Hungary, dan menyambar empat gol dalam kemenangan terkenal 8-3 ke atas Jerman Barat pada Piala Dunia 1954. Dia muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan 11 gol daripada lima perlawanan. 

7. Bashar Abdullah, Kuwait (133 caps, 75 gol)

Tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Majed. Bashar Abdullah merupakan sebahagian daripada pasukan Kuwait yang memenangi dua Piala Negara Teluk dan mara ke separuh akhir Piala Asia AFC, Bashar menjaringkan 75 gol dalam 133 permainan sepanjang tahun 1996 sehingga 2007.

Pada tahun 2000 dia menjaringkan lapan gol dalam kemenangan 20-0 Kuwait ke atas Bhutan. Empat hari kemudian, Bashar mencetak lima lagi gol menentang Nepal, dan kerap menjadi ancaman kepada pasukan seperti Singapura, Palestin dan Uzbekistan pada awal tahun 2000.

6. Pele, Brazil (92 caps, 77 gol)

Tambahkan 18 gol yang dijaringkan Pele buat Brazil dalam 21 perlawanan tidak rasmi, dan dia akan muncul sebagai pemain kedua dalam senarai ini. Dalam perlawanan antarabangsa rasmi, Pele telah menjaringkan 77 gol dalam 92 permainanwalaupun dia bukan bermain di posisi penyerang tengah.

Berumur 17 tahun, dia menjaringkan dua gol dalam final Piala Dunia 1958 menentang Sweden, dan hatrik menentang Perancis di separuh akhir. Pele menjaringkan enam lagi hatrik antarabangsa, dan dalam empat siri Piala Dunia, dia bermain untuk 14 perlawanan, menjaringkan 12 gol dan merakamkan 10 assist. Dia menjaringkan gol ke-100 Brazil dalam final Piala Dunia 1970 menerusi tandukan menentang Itali.

5. Hussein Saeed, Iraq (137 caps, 78 gol)

Saeed diangkat sebagai pemain terhebat Iraq sepanjang abad, dan memiliki rekod jaringan dan penampilan yang menakjubkan buat negaranya.

Penyerang ini setia kepada satu kelab yang diwakili, iaitu Al-Talaba dan menghabiskan keseluruhan kariernya di situ. Saeed nyata prolifik pada 1984 dengan membantu negaranya mara ke Piala Negara Teluk 1984. Di sana, dia menjaringkan dua gol menentang Oman dan Kuwait, ditambah pula dengan hatrik yang menenggelamkan Arab Saudi.

Dia bersara pada 1990, di usia 32, berikutan pengeluaran Iraq daripada pertandingan Piala Teluk tahun itu ... semuanya berpunca dari pengadilan.