8 Pemain yang muncul di usia 30-an untuk memeriahkan premier league

Alex Hess mengenang kembali bintang-bintang antarabangsa yang muncul lewat ke pentas Liga Perdana Inggeris - dan membuktikan kelas tersendiri 

1. Ruud Gullit (Chelsea)

Gullit merupakan sebahagian daripada kumpulan bintang antarabangsa pertama ke Liga Perdana yang pada masa itu sedang meningkat naik. Gullit tiba di Stamford Bridge pada tahun 1995 setelah menyapu bersih trofi-trofi di peringkat kelab dengan Feyenoord, PSV dan Milan, serta memainkan peranan dalam ‘total football’ yang menakjubkan bersama pasukan kebangsaan Belanda.

Dua lelaki di pentas bola sepak berkongsi bola dan selendang

Glenn Hoddle, yang merasakan Gullit mempunyai persamaan dengan dirinya sendiri, meletakkan pemain Belanda itu sebagai pertahanan bebas di Chelsea, di mana ianya merupakan satu langkah yang menyerlahkan lagi keupayaannya.

Gullit - berusia 33 tahun pada September dalam musim pertamanya - pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada skuad yang terdiri daripada Jody Morris dan Gavin Peacock. Dia hanya tewas kepada Eric Cantona untuk Anugerah Pemain Terbaik pada 1995/96, sebelum dirinya nekad untuk mengetuai Chelsea dalam musim yang sama dan membawa pulang Piala FA.

2. Jurgen Klinsmann (Tottenham)

Sejauh mana aksi penampilan bintang dalam musim pertama, hanya beberapa pemain saja yang boleh menandingi Klinsmann semasa dia di Tottenham (kerana dia mengulangi apa yang diberi). Pertama kali muncul pada tahun 1994, apabila dia mendapat perhatian Alan Sugar, seorang ahli perniagaan dan dialu-alukan ke Britain oleh pihak media yang pada masa itu tidak suka akan tingkah lakunya dan asal-usul Klinsmann, yang terlibat mengecewakan kempen Piala Dunia 1990 England.

Boleh dikatakan semuanya cukup lengkap untuk menanamkan kebencian terhadap Klinsmann. Sebaliknya, penyerang berusia 30 tahun itu mengejutkan semua dengan membuktikan dirinya sebagai pemain bola sepak yang menyeronokkan, menggerakkan bola dengan baik pada penampilan pertamanya, serta meraikan jaringan gol dengan gaya tersendiri, sudah tentu merupakan saat bersejarah dalam Liga Perdana.

Begitu juga dengan dirinya, di mana dia telah memenangi undian paling banyak bagi Pemain Terbaik Bola Sepak pilihan penulis selepas menjaringkan 30 gol dalam satu musim. Dia kemudiannya berpindah ke kelab lain selama dua tahun, tetapi kembali bermain selama enam bulan pada 1997/98, di usia 33, menjaringkan sembilan gol dalam 15 perlawanan (dan empat dalam satu perlawanan menentang Wimbledon), untuk menyelamatkan Spurs dari penyingkiran.

Pages