8 pemain yang terkenal dengan sikap MALAS untuk bekerja keras

Kanu

Brede Hangeland baru-baru ini memberitahu bahawa Emmanuel Adebayor pernah hanya duduk di gym dengan secawan kopi dan sibiji mufin. Di sini FourFourTwo menyenaraikan beberapa bintang yang kurang aktif...

1. Zon masa Alvaro Recoba tersendiri

Semasa di Venezia, rakan sepasukannya memberinya seutas jam tangan dengan harapan bahawa satu hari nanti dia akan tepati masa pada sesi latihan.

Pada 2003, akhbar the Guardian menggelar 'El Chino' sebagai "pemain nombor satu hampir terbaik di dunia". Isteri Recoba juga melabelnya "malas dan romantik", sementara semasa beliau di Venezia, rakan sepasukannya memberikannya seutas jam tangan dengan harapan bahawa satu hari nanti beliau tidak lewat untuk sesi latihan.

Bekas presiden Inter, Massimo Moratti merumuskannya dengan baik apabila beliau berucap tentang pemain kebangsaan Uruguay itu, yang memenangi dua Serie A pada 2006 dan 2007: "Alvaro Recoba sedikit seperti Inter - sentiasa mengejutkan. Kadang-kala beliau malas, tetapi juga mampu melakukan sesuatu yang ramai tidak pernah lihat sebelum ini."

Ronaldo, Alvaro Recoba

Ronaldo and Recoba: not a bad attacking pair, even if the latter didn't graft

2. Antonio Cassano tidak memanaskan badan

"Tidak berbaloi untuk enam minit," kata penyerang itu selepas diarahkan untuk memanaskan badan oleh Fabio Capello

Ditandatangani oleh Roma dengan harga £19m dari Bari pada 2001, menerima gaji sejumlah £83,000 seminggu, Cassano tidak melakukan apa-apa yang lebih di Itali.

"Tidak berbaloi untuk enam minit," kata penyerang itu selepas diarahkan untuk memanaskan badan oleh pengurus, Fabio Capello sebelum perlawanan Serie A. Cassano juga kerap meninggalkan sesi latihan, menggesa pengurus untuk menggunakan frasa cassanata yang bermaksud - pemain yang tidak bermain untuk pasukannya.

3. Hatem Ben Arfa: No.10 yang statik

Pemain kebangsaan Perancis itu menjadi bahan gurauan rakan sepasukannya di Newcastle kerana tidak menurunkan berat badan, masalah yang sama juga berlaku semasa di Hull pada 2014. Apabila ahli statistik kelab menganalisa kadar kerja Ben Arfa, keputusannya tidak begitu positif; Ben Arfa mempertahankan dirinya dengan memberitahu tentang peranannya sebagai seorang pemain No.10, dimana pengurus Steve Bruce membalas: "Bukankah pemain yang memakai No.10 sepatutnya lebih banyak berlari?"

Selepas itu satu video telah mendedahkan pemain tengah itu sedang berpura-pura melakukan senaman tekan tubi di PSG. Unai Emery yang tidak boleh menerima sikap pemainnya itu telah mengecualikannya dari skuad selama empat perlawanan.