Stories

9 kelab yang AMAT menyesali penghijrahan bintang-bintang mereka ke pasukan musuh

Peminat Chelsea pastinya menyesali keputusan kelab mereka menjual Nemanja Matic ke Manchester United terutama sekali selepas mengalami kekalahan di Rom baru-baru ini. Inilah yang berlaku apabila pemain-pemain bintang berhijrah ke kelab musuh...

We are part of The Trust Project What is it?

Andrea Pirlo (Milan ke Juventus, 2011)

Persepsi tentang Andrea Pirlo, salah seorang pemain tengah yang paling berbakat dari generasinya, sekadar menjadi penambah rasa buat sesebuah pasukan tidak masuk akal sama sekali.

Tetapi itulah yang dinggap oleh pucuk pimpinan Milan pada tahun 2011 apabila selepas satu dekad perkhidmatan, Rossoneri membenarkan kontrak pemain berusia 32 tahun itu sampai ke penghujungnya, membuatkan dia bebas untuk menyertai Juventus tanpa sebarang yuran perpindahan. Pirlo secara percuma!

Pemain playmaker ini telah menjadi watak penting dalam kejayaan Milan pada tahun 2000, membantu mereka memenangi dua gelaran Serie A dan dua Liga Juara-Juara. 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, Pirlo tidak digunakan dalam sistem Massimiliano Allegri di San Siro dan, dia mula dahaga untuk membuktikan bahawa dia masih boleh menjadi aset penting buat pasukan atasan, dia kemudian menyertai Juventus sebaik kontraknya tamat.

Juve semakin meningkat naik, Pirlo menyertai revolusi Turin kendalian Antonio Conte, dengan stadium baru dan sekumpulan pemain yang bertekad untuk menggapai puncak pertandingan Itali. 

Pirlo membantu mereka mencapainya, dengan membekalkan 13 ‘assists’ ketika Bianconeri menamatkan musim liga 2011/12 tanpa kalah untuk meraih gelaran pertama mereka dalam sembilan tahun.

Juventus terus memenangi empat Scudetto  berturut-turut, dengan pakar hantaran mereka, Pirlo mengemudi di bahagian tengah - semuanya ketika musim kejatuhan Milan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Milan, Adriano Galliani akhirnya mengakui bahawa membenarkan Pirlo keluar adalah kesilapan terbesarnya dalam bola sepak. 

Tidak dinafikan.

Andy Cole (Newcastle ke Manchester United, 1995)

Pada Januari 1995, Kevin Keegan membuat keputusan drastik. 

Bos Newcastle memutuskan bahawa dia tidak lagi mahukan Andy Cole, penyerang yang menjaringkan 55 gol dalam 70 perlawanan liga untuk Magpies. 

Cole mendominasi jentera serangan Keegan, tetapi pengurus tersebut beranggapan bahawa sesuatu telah berubah dalam diri bintangnya.

Apabila Keegan berasakan bahawa Cole mula malas ketika sesi latihan, ketegangan mula dirasai. 

Selepas penyerang itu disisihkan, berlaku pertukaran kata-kata kesat - dan pada Januari 1995, Tyneside digegarkan dengan tawaran £ 6 juta  kepada Newcastle (ditambah dengan Keith Gillespie) dari Manchester United untuk mendapatkan Cole.

Penyokong mahukan jawapan dan, untuk itu, Keegan menjawab mereka secara depan-depan. 

Dia merasionalkan penjualan tersebut sebagai pertimbangan bola sepak tetapi, di atas padang, ia terbukti satu bencana. 

Cole terus memenangi lima kejuaraan Liga Perdana bersama United, sementara Magpies tidak pernah pulih sepenuhnya dari tempoh luar biasa semasa musim 1996/97 yang membolehkan United dan Cole berjaya.

Johan Cruyff (Ajax to Feyenoord, 1983)

Setelah melalui bukan satu tapi dua tempoh berjaya di Ajax semasa zaman kariernya yang gemilang, Cruyff terlalu selesa dan tidak menyangka yang dia akan dilepaskan dari Amsterdam. 

Dia berusia 36 tahun pada musim panas 1983 tetapi baru saja membantu Ajax memenangi liga domestik dan dua piala. 

Tetapi Ajax memilih untuk tidak memberikan kontrak baru kepada pemain terbaik mereka.

Pemain yang telah membentuk jalan Ajax sama seperti yang lain ini amat terkilan. 

Tindak balas yang diberikan adalah jari tengah ke arah kelab yang pernah dia curahkan segalanya - menyertai musuh ketat mereka, Feyenoord.

Gergasi Rotterdam  itu telah melalui musim buruk secara konsisten selama berdekad selepas memenangi liga dan Piala UEFA pada tahun 1974, jadi menandatangani Cruyff - walaupun di ambang kariernya - adalah rampasan sebenar. 

Ajax beranggapan mereka akan ketawa hingga ke sudah apabila mereka membenam Feyenoord 8-2 dalam De Klassieker, tetapi pasukan yang tewas itu - berpaksikan kebijaksanaan Cruyff, semangat Ruud Gullit dan kecemerlangan Peter Houtman - memulakan pengembaraan 15 perlawanan tanpa kalah. 

Pada bulan April, mereka turut berjaya membalas dendam apabila membenam semula Ajax dengan jaringan 4-1.

Cruyff, yang berada dalam pasukan ini, membantu Feyenoord meraih gelaran pertama mereka dalam tempoh 10 tahun, Piala KNVB, dan dinamakan Pemain Terbaik Belanda. 

Tindak balas terbaik.