9 pemain dibuang kelab-kelab besar yang berjaya membuktikan kelab lama mereka silap

 Sesetengah pemain berjaya selepas bepindah dari kelab-kelab besar. Ini antaranya...

1. Pierre-Emerick Aubameyang

Penjaring terbanyak Bundesliga itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Real Madrid sejak kebelakangan ini.

Milan membayar £21 juta untuk penyerang terhebat merekai Carlos Bacca, sejumlah wang yang boleh dijimatkan jika mereka mengekalkan Aubameyang, yang dijual ke Saint-Etienne pada 2012 selepas tidak membuat sebarang penampilan dalam lima tahun di San Siro dimana dia telah dipinjamkan ke Dijon, Lille, Monaco dan les Verts.

2. Jerome Boateng

Benteng pertahanan Manchester City yang goyah mungkin membantutkan impian mereka untuk menjuarai Premier League dan penyokong kelab itu akan terus menyesali keputusan kelab untuk menjual Boateng - boleh dikatakan antara pemain pertahanan terbaik di dunia setakat ini - kepada Bayern Munich pada 2011.

Dia yang berusia 22 tahun ketika itu hanya beraksi dalam 16 perlawanan di bawah Roberto Mancini dalam Premier League selepas berpindah dari Hamburg, dengan Bayern berjaya membawanya kembali ke Jerman. Dia kini telah berjaya memenangi tiga kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara Juara.

Pages