Bintang-bintang bola sepak hasil Victoria Institution

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution) sememangnya antara sekolah bersejarah di Malaysia yang ditubuhkan pada 1893.

Sekolah ini bukan sahaja telah menghasilkan ahli politik, usahawan berjaya malahan pemain bola sepak.

FourFourTwo kali ini memaparkan lima pemain bola sepak yang pernah dihasilkan sekolah ini.

Mokhtar Dahari

Antara beberapa pemain yang pernah dihasilkan VI, tiada nama yang lebih besar daripada lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Mokhtar menuntut di VI dari tahun 1966 hingga 1970 dan di sekolah inilah, bakat awalnya dalam bola sepak dibentuk.

Selepas tamat alam sekolah menengah, Mokhtar beraksi untuk skuad Piala Burnley Selangor pada 1971 sebelum terus diserapkan dalam skuad utama merah kuning pada 1972.

Dari 1972 hingga 1987, Mokhtar berjaya membantu Selangor meraih 10 kejuaraan Piala Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, pencapaian pemain yang digelar "SuperMokh" ini ialah meraih pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974 selain turut memenangi pingat emas Sukan Sea 1977 dan 1979.

Larian pantas dan sepakan deras yang sering digeruni penjaga gol lawan menjadi identiti permainan Mokhtar ketika di zaman kegemilangannya.

Sehingga kini, tiada penyerang Malaysia yang mampu menandingi kehebatan Mokhtar.

Pages