Top 10/50/100

Cemerlang sebagai pemain, cemerlang sebagai jurulatih

Tidak semua pemain boleh menjadi jurulatih yang baik selepas bersara dan begitulah sebaliknya tidak semua jurulatih datangnya daripada pemain yang mengharungi perjalanan karier yang cemerlang.

We are part of The Trust Project What is it?

Tetapi terdapat segelintir yang berjaya membina reputasi yang baik dalam kedua-duanya, sebagai pemain dan juga jurulatih.

Berikut adalah lima anak tempatan yang kami rasakan wajar masuk ke dalam senarai tersebut.

Chow Kwai Lam

Mendiang telah meninggal dunia pada bulan Julai 2018. Sebagai pemain, Kwai Lam pernah menyarung jersi pasukan Negeri Sembilan dan Selangor sekitar tahun 1960-an dan 1970an. 

Dia dianggap antara pemain dengan kebolehan luar biasa pada zamannya itu dan pernah menyarung jersi kebangsaan dari 1965–1971 malah pernah terpilih menganggotai skuad Asian All Stars menentang Arsenal pada 1968.

Antara pencapaian terbaiknya yang masih dikenang adalah memenangi trofi Piala Malaysia sebanyak tiga kali bersama Selangor dan membantu Selangor muncul naib juara edisi sulung Kejuaraan Kelab-Kelab Asia pada 1967, tewas kepada Hapoel Tel Aviv.

Manakala sebagai jurulatih Kwai Lam pernah membimbing banyak pasukan antaranya pasukan kebangsaan, Selangor, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak serta kelab Singapura Tampines Rovers.

Pencapaian terbaik sudah tentunya menjulang tiga kali Piala Malaysia bersama Selangor pada 1979, 1981 dan 1982 dan menambah tiga lagi koleksi Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur ketika mereka memenangi gelaran hatrik pada 1987, 1988 dan 1989.

Beliau turut memenangi gelaran liga dan Piala Sumbangsih bersama Kuala Lumpur pada 1988, naib juara liga pada 1987 dan 1989 serta membawa pasukan warga kota layak ke separuh akhir peringkat kumpulan di Kejuaraan Kelab-Kelab Asia 1987.

Bersama Tampines, Kwai Lam menjulang Piala Singapura pada 2002.

Pages