Daripada jutawan ke muflis: Pemain yang kehilangan kesemuanya

Mereka mungkin pernah memperoleh gaji lumayan sepanjang karier profesional mereka, tetapi itu tidak menghalang pemain-pemaib bola sepak ini daripada jatuh tersungkur. Di sini FourFourTwo menyenaraikan lima pemain bola sepak yang bankrap...

David James

Bekas penjaga gol No.1 England ini mempunyai perjalanan karier yang penuh warna-warni, bermain untuk Liverpool, Aston Villa, West Ham United, Manchester City dan Portsmouth.

Pada November tahun itu, dia turut mengadakan lelongan secara atas talian bagi menjual barang-barang peribadi dan memorabilia bola sepak miliknya

Dia dilaporkan memperoleh lebih daripada £ 20 juta (S $ 35.6 m) sepanjang tempoh bermain di Liga Perdana.

Tetapi kos perceraian yang mahal pada tahun 2005 membawa kepada beberapa hutang yang sukar untuk dilunaskan dan pada bulan Mei 2014, James akhirnya diisytiharkan muflis.

Pada  November tahun itu, dia turut mengadakan lelongan secara atas talian bagi menjual barang-barang peribadi dan memorabilia bola sepak miliknya.

Lee Hendrie

Hendrie membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Aston Villa ketika berusia 18 tahun pada tahun 1996, menghabiskan tempoh keseluruhan 14 tahun di Villa Park.

Pada puncak kariernya, Hendrie dilaporkan memperoleh pendapatan sekitar £ 40,000 seminggu.

Hendrie kehilangan sejumlah besar wang yang dilabur dalam hartanah.

Dia terus bermain untuk beberapa kelab lain termasuk Stoke City, Leicester City, Blackpool dan Brighton & Hove Albion, sebelum menandatangani kontrak bersama kelab Indonesia, Bandung FC.

Tetapi pada Januari 2012, dia diisytiharkan muflis oleh Jabatan Perolehan dan Kastam di Mahkamah Tinggi.

Menurut laporan, perkara ini disebabkan oleh beberapa kegagalan pelaburan hartanah, di mana dia kehilangan kira-kira £ 10 juta dan berhutang £ 1 juta.

Gaya hidup mewah dan perceraian dalam masa yang sama menambahkan lagi kesengsaraannya, menyebabkan dia turut melakukan cubaan membunuh diri sebanyak dua kali. Tetapi sejak itu, dia cuba membina semula kehidupannya, termasuk melibatkan diri dalam pembangunan sekolah bola sepak kanak-kanak.