Stories

Dekman tekad lahirkan permata baru bola sepak negara

Selepas bersara, Akmal mula menubuhkan Akademi Bola Sepak Akmal Rizal (ARFA) pada 2016. Memasuki tahun kedua, sambutan terhadap akademi ini amat menggalakkan dan bukan sahaja dari sekitar Jitra. 

We are part of The Trust Project What is it?

"Alhamdulillah, walaupun akademi berpusat di Jitra, sambutan amat menggalakkan dari seluruh pelusuk Kedah.

"Harga yang dikenakan juga berpatutan, hanya RM100 sebulan dan latihan lapan sesi sebulan", kata Akmal.

Akmal yang kini baru selesai menjalani latihan Lesen B kejurulatihan AFC, tekad mahu menjadi jurulatih yang berjaya

Yuran pendaftaran setahun pula adalah hanya sebanyak RM200 dan pemain akan diberi beg sukan serta jersi.

Akmal yang kini baru selesai menjalani latihan Lesen B kejurulatihan AFC, tekad mahu menjadi jurulatih yang berjaya.

Berbekalkan pengalaman 16 tahun sebagai pemain profesional serta dua tahun pendedahan di Perancis, Akmal berhasrat melahirkan pemain berkualiti di akademinya.

Penubuhan akademi ini, bukan sekadar mengaut keuntungan tetapi secara tidak lansung turut membantu menghasilkan bakat baru berkualiti untuk Kedah dan juga negara.

IDEA PENUBUHAN AKADEMI:

Akmal tidak mendapat mana-mana tajaan ketika menubuhkan akademi ini selain sokongan daripada keluarganya sendiri.

Idea menubuhkan akademi ini datang selepas Akmal menamatkan kerjaya profesional bersama Kedah pada 2015.

Secara tidak lansung, menerusi ARFA, Akmal mampu mencurahkan ilmu hasil pengalamannya kepada bakat muda.

Pendaftaran dibuka bagi remaja berusia 13 hingga 17 tahun dan latihan pula dijalankan pada setiap Jumaat dan Sabtu pagi setiap bulan.

Latihan diadakan di padang IPD Kubang Pasu, Jitra.

Setakat ini, walaupun dianggap akademi baru namun ARFA sudah menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Seramai lapan pemain ARFA sudah pun terpilih ke Pusat Latihan Daerah (PLD) Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2017.

Lebih menarik, salah seorang pemain ARFA, Zuhairi Aiman turut terpilih mewakili skuad Piala Belia Kedah untuk musim 2018

Lebih menarik, salah seorang pemain ARFA, Zuhairi Aiman turut terpilih mewakili skuad Piala Belia Kedah untuk musim 2018.

Pemain ARFA turut beraksi dalam aksi persahabatan dengan kelab-kelab remaja di selatan Thailand bagi memberikan mereka pendedahan.

Ketika bersama Racing Strasbourg di Perancis , Akmal didedahkan dengan beberapa kaedah latihan yang berbeza.

Hasil pengalaman itu, ditambah dengan pengalamannya bersama skuad kebangsaan serta beberapa pasukan Liga Super, Akmal merangka sendiri kaedah latihan di ARFA.

Walaupun Akmal seorang penyerang, latihan di ARFA adalah untuk semua posisi dan pemain akan ditempatkan di posisi yang sesuai dengan permainannya.

OBJEKTIF ARFA:

Kehadiran ARFA sebenarnya turut membantu mencungkil bakat baru yang boleh didedahkan ke peringkat lebih tinggi.

ARFA turut menekankan aspek disiplin dalam latihan, selaras dengan moto ARFA "Gigih, Disiplin, Berjaya"

Kadang kala terdapat pemain yang hanya mula menyerlah pada hujung usia remaja dan  pemain seperti ini kerap terlepas dari pandangan.

Dengan adanya akademi seperti ARFA, ia akan turut membantu pemain berpotensi yang tidak mendapat tempat untuk mengasah bakatnya.

ARFA turut menekankan aspek disiplin dalam latihan, selaras dengan moto ARFA "Gigih, Disiplin, Berjaya".

Berbekalkan pengalaman selaku produk program pembangunan bola sepak Kedah pada era 90-an, Akmal pasti mampu menyampaikan sendiri kepada pelatih akademinya ramuan untuk menjadi seorang pemain berjaya.

Di ARFA, pelatih diajar teknik kawalan bola, teknik rembatan, menahan bola, bertahan dan juga kaedah melakukan hantaran tepat.