Stories

Di mana mereka sekarang? 10 pemain muda terbaik permainan online Football Manager 2008

Anda mungkin telah membaca artikel bertajuk 100 pemain muda terbaik dunia pilihan kami baru-baru ini, tetapi kami turut tidak melupakan rakan kami di Menara FM. Tetapi apa sebenarnya terjadi kepada bintang yang ditakdirkan untuk menyinar sedekad lalu? 

We are part of The Trust Project What is it?

10. MICAH RICHARDS

Harapan tinggi diletakkan ke atas Richards pada tahun 2008; beberapa bulan sebelum dia disenaraikan sebagai pemain muda ke-10 teratas dalam FM. 

Pengurus Manchester City, Stuart Pearce memberitahu pemberita bahawa dia "ingin melihat Micah kekal di kelab, menjadi kapten, dan mungkin berada di City selama 10 tahun dan mendukung aspirasi kelab jika dia boleh". Tidak banyak yang berlaku selepas itu.

Dia merupakan pemain utama selama enam musim dari 2006 dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kemenangan menakjubkan City pada 2011 di bawah kendalian Roberto Mancini

Pengambil-alihan kelab berikutnya oleh jutawan Abu Dhabi yang kaya tidak banyak membantu Richards untuk bermain selama sedekad, tetapi tiada seorang pun yang meramalkan sejauh mana kejatuhannya. 

Perpindahan secara pinjaman ke Fiorentina pada 2014/15 tidak membuahkan hasil, sebelum berpindah secara tetap ke Aston Villa pada musim berikutnya, beraksi di peringkat bawahan, di mana pertahanan kanan ini bergelut untuk masa perlawanan.

Di City, tidak semuanya keruh, walaupun: sebelum posisinya dirampas oleh Pablo Zabaleta, dia merupakan pemain utama selama enam musim dari 2006 dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kemenangan menakjubkan City pada 2011 di bawah kendalian Roberto Mancini.

Richards merupakan pemain utama selama enam musim sejak 2006 dan memainkan peranan penting dalam kemenangan  liga 2011 City yang menakjubkan.

9. MARCELO

Baru berusia 29 tahun, Marcelo telah menghabiskan tempoh lebih dari satu dekad di Real Madrid setelah menyertai gergasi Sepanyol itu dari Fluminense pada Januari 2007.

Pertahanan kiri yang kerap naik ke atas ketika melakukan serangan itu masih tercari-cari momentum di Bernabeu saat dia dinobatkan sebagai pemain muda terbaik FM setahun kemudian, dan ramai yang meragui samada dia memiliki masa depan cerah di kelab itu setelah melalui musim sukar di bawah Juande Ramos pada tahun 2009.

Hakikatnya, Marcelo baru-baru ini telah membuktikan kemampuannya kepada peragu-peragu sebelum ini. Kenyataan yang mengatakan dia lemah ketika bertahan adalah tidak adil, tetapi dalam beberapa musim terkini, pemain Brazil ini telah membuktikan bahawa dia adalah salah seorang pemain terbaik dunia dalam posisinya.

Marcelo menjaringkan gol antarabangsa pertamanya di White Hart Lane pada 2006 ketika Brazil mengalahkan Wales 2-0

8. MAREK HAMSIK

Seorang lagi pemain yang masih berkhidmat untuk majikannya sejak tahun 2007, Hamsik hampir menyamai rekod pencapaian Diego Maradona untuk Napoli - pada ketika terjemahan ini dilakukan, dia memerlukan hanya dua lagi gol untuk mengatasi rekod lagenda Argentina, iaitu 115 gol.

Hamsik hanya memenangi satu trofi di Napoli - Coppa Italia pada tahun 2012 - dan mula terdesak untuk membantu mengakhiri kemarau Scudetto yang telah menjangkau 27 tahun musim ini

Disamakan dengan lagenda Juventus, Pavel Nedved pada awal kariernya, Hamsik telah mengalami transformasi selama bertahun-tahun; dia kerap diturunkan sebagai sebahagian daripada tiga pemain depan semasa dikendalikan Walter Mazzarri di Stadio San Paolo dari tahun 2009 hingga 2013, tetapi dia kini bermain secara lebih ke bawah pada dua, tiga musim ini dan kini bermain selaku trio tengah jentera Maurizio Sarri.

Hamsik hanya memenangi satu trofi di Napoli - Coppa Italia pada tahun 2012 - dan mula terdesak untuk membantu mengakhiri kemarau Scudetto yang telah menjangkau 27 tahun musim ini.

Hamsik telah dinamakan Pemain Bola Sepak Terbaik Slovakia sebanyak enam kali sejak lapan tahun lalu. Baki dua tahun lagi? Dimenangi oleh Martin Skrtel.

7. ZDRAVKO KUZMANOVIC

Kuzmanovic telah mengukir karier yang baik untuk dirinya, mewakili pasukan teratas bola sepak Itali, Switzerland, Jerman dan Sepanyol - tetapi sukar untuk diterima bahawa dia tidak menepati potensi awalnya.

Walaupun dia tidak mendapat panggilan dari Serbia sejak 2014, Kuzmanovic pastinya berharap untuk mendapatkan semula panggilan antarabangsa ke Piala Dunia Rusia pada musim panas akan datang

Dinamakan Pemain Harapan Switzerland untuk tahun 2006, pemain tengah ini meninggalkan Basel untuk menyertai Fiorentina pada bulan Januari tahun berikutnya. 

Tempohnya di Tuscany merupakan satu kejayaan tetapi pada tahun 2009, Kuzmanovic mula berhijrah lagi, menyertai Stuttgart dengan yuran £ 7 juta. Dia mewakili Inter, Basel (sekali lagi) dan Udinese sejak itu, dan kini sedang melalui tempoh pinjaman di Malaga.

Walaupun dia tidak mendapat panggilan dari Serbia sejak 2014, Kuzmanovic pastinya berharap untuk mendapatkan semula panggilan antarabangsa ke Piala Dunia Rusia pada musim panas akan datang.

Kuzmanovic mewakili Switzerland pada peringkat Bawah-21 sebelum bermain untuk skuad senior Serbia.