Di manakah mereka sekarang? Pasukan Manchester United Sir Alex Ferguson yang pertama merangkul kejuaraan liga pada 1992/93

Mengimbau kembali pasukan Manchester United yang memenangi Premier League yang pertama bersama Sir Alex Ferguson.

Peter Schmeichel

Salah satu sebab Manchester United gagal untuk menjuarai liga adalah kerana masalah di gawang gol: walaupun Gary Bailey, Chris Tuner, Gary Walsh, Jim Leighton dan juga Mark Bosnich mampu untuk memberikan aksi terbaik pada masa yang tertentu, mereka bukanlah berkelas dunia yang diperlukan Red Devils untuk menjuarai liga.

Masalah itu selesai apabila Schmeichel menyertai pasukan. Dia membantu United naik ke tempat kedua pada musim pertamanya, menjuarai Euro 92 bersama Denmark, dan pada 1992/93 dia tidak bolos selama 18 perlawanan dimana United berjaya merangkul kejuaraan liga.

Peter Schmeichel

Schmeichel is biasa dilihat menyaksikan anaknya bersama Leicester sejak kebelakangan ini

Selepas meninggalkan United pada 1999, Schmeichel beraksi untuk Sporting, Aston Villa dan Manchester City sebelum bersara pada 2003. Dia kini dapat dilihat sebagai pengulas bolasepak bersama BBC, bintang Stricly Come Dancing, dan juga rancangan kuiz dan pengacara program Champions League di Denmark.

Sementara itu anaknya Kasper, membuktikan dia mempunyai bakat bapanya dengan menjuarai Premier League bersama Leicester pada 2015/16.

Steve Bruce

Satu raut wajah boleh menceritakan seribu kisah, dan wajah Bruce menampilkan karier yang menyebabkan bentuk mukanya disusun semula oleh bola dan siku ketika mengatasi pihak lawan. 1992/93 adalah musim terbaiknya.

Berusia 32 tahun, Bruce telah beraksi dalam 500 perlawanan profesional, dan dengan Bryan Robson terpaksa diketepikan kerana kecederaan, dia menjadi ketua pasukan dengan lebih kerap.

Dua tandukannya di Hilsborough, ketika United ketinggalan 1-0 kepada Sheffield Wednesday, merupakan kunci kepada saingan kejuaraan dan telah membawa pasukannya dari tempat kedua ke teratas dengan berbaki lima perlawanan.

Bruce meninggalkan United pada 1996, menyertai Birmingham selama dua musim dan semusim di Sheffield United, dimana dia dilantik pemain-pengurus. Kemudian dia mengurus Wigan, Crystal Palace, Birmingham (selama enam musim) Wigan sekali lagi, Sunderland dan Hull, dan kini selasa mengendalikan Aston Villa. Dia juga telah menerbitkan tiga buah novel - Sweeper!, Defender! dan Striker!

Pages