Stories

Di manakah mereka sekarang? Skuad juara Serie B 2006/07: Juventus

FourFourTwo meneliti semula skuad Juve yang pernah bermain dan menjadi pasukan paling hebat dalam sejarah Serie B, selepas mengalami penyingkiran disebabkan oleh skandal Calciopoli, dan mengenalpasti di mana mereka sekarang...

We are part of The Trust Project What is it?

GIANLUIGI BUFFON

Tidak ramai yang mempertikaikan bahawa Buffon adalah antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman, lebih-lebih lagi pemain Itali ini telah bermain di peringkat tertinggi selama 20 tahun dan kini masih lagi beraksi.

Tetapi tahun 2006 adalah tahun ganjil untuknya, apabila memenangi Piala Dunia bersama Itali, tetapi diturunkan ke Serie B dengan Juventus.

Pemain berusia 39 tahun ini adalah seorang pemain Juventus sehingga ke hari ini, dan baru memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Serie A 2017, lantas membuktikan dirinya tua namun berisi.

Memenangi satu lagi penghormatan yang telah lama diidamkannya selama ini, Liga Juara-Juara, akan menjadi penghormatan pelengkap kerjayanya.

ALESSANDRO BIRINDELLI

Pertahanan kanan yang telah bersara ini mempunyai karier 11 tahun yang berjaya di Old Lady, memenangi 5 gelaran Serie A, di mana dua pingat tersebut kemudian terpaksa dilucutkan akibat skandal bola sepak Itali tahun 2006.

Dia memainkan peranan penting dalam musim 2006-2007 sebagai naib kapten kelab, dengan 37 penampilan liga.

Malangnya, musim itu merupakan sumbangan terakhirnya, dengan Birindelli hanya tampil tujuh kali selepas kenaikan mereka ke Serie A.

Kerjayanya merudum selepas perpindahannya dari Juventus, termasuk tempoh perkhidmatan di kelab Serie C, Valle del Giovenco.

Selepas bersara pada tahun 2010, dia mula menjebakkan diri ke arah pengurusan bola sepak, dengan harapan dia dapat mengulangi kejayaannya dulu sebagai pemain di peringkat pengurusan pula.

Pages