Stories

Di manakah mereka sekarang? Skuad Leeds United yang melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2000/01

"Anak buah" David O'Leary berdepan Milan, Barcelona dan Real Madrid dalam perjalanan ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2000/01. Tetapi dimanakah skuad muda tersebut sekarang?

We are part of The Trust Project What is it?

Tujuh belas tahun adalah tempoh yang panjang dalam hidup, dan lebih lama dalam dunia bola sepak.

Setidak-tidaknya, itulah yang pastinya dirasai oleh peminat Leeds, yang telah melalui kekecewaan selama 16 tahun, sejak kali terakhir laungan lagu Liga Juara-Juara dimainkan di sekitar Elland Road pada tahun 2001.

 Anak buah David O'Leary telah menempuh dengan jayanya, mengejutkan Lazio, Anderlecht dan Deportivo La Coruna dalam perjalanan ke perlawanan separuh akhir menentang Valencia.

Selepas seri pada perlawanan pertama, impian Leeds hancur lebur di Mestalla ketika Gaizka Mendieta & rakan-rakan meranapkan hati peminat di Yorkshire dengan keputusan memihak Valencia 3-0.

 Namun, barisan O'Leary masih diingati di Dales hingga kini...

 

Nigel Martyn

Menjelang 2001, Nigel Martyn telah memiliki reputasi sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di England. 

Pengganti untuk David Seaman dalam pasukan kebangsaan, refleks tajam semulajadi Cornwall adalah titik penting dalam lakaran bersejarah Leeds pada tahun itu.

Selepas tujuh tahun dan lebih 200 penampilan, dia meninggalkan kelab itu pada tahun 2003, menikmati tempoh yang gemilang di Everton di bawah David Moyes,  yang menganggapnya sebagai "pembelian paling hebat". 

Martyn bersara dari bola sepak pada 2006, di usia 40 tahun, dan merupakan seorang legenda di Crystal Palace, Leeds dan Toffees.

 

Danny Mills

Bayangkan dalam satu skuad yang dibarisi pemain muda, ditambah pula lagi dengan pemain berkepala botak dan sifat agresif,Danny Mills. 

Pada masa itu, dia berebut tempat dengan Gary Neville untuk posisi bek kanan England. Walau bagaimanapun, dia ternyata seorang pemain yang tidak boleh dikompromi dan memiliki helah jahat.

Kini, Mills lantang bersuara, menjadi salah seorang pakar penganalisis media bola sepak. 

Dia sering didapati mempertikaikan komitmen pemain  di BBC dan talkSPORT.

Pages