Stories

Di manakah mereka sekarang? Skuad Malaysia yang hanya selangkah ke Piala Dunia

Di bimbing oleh S. Balachandran, pasukan Malaysia ini hanya selangkah lagi untuk layak ke Piala Dunia Bawah-17 tahun 2015, selepas berjaya menempah slot lapan terakhir Kejohanan AFC Bawah-16 pada 2014. Di manakah pemain-pemain muda ini sekarang?

We are part of The Trust Project What is it?

HAZIQ NADZLI

Merupakan anggota skuad tersebut yang tidak memerlukan pengenalan lebih pada hari ini, Haziq memegang posisi No. 1 pasukan Malaysia-Bawah 22 di kejohanan Sukan Sea 2017, di mana dia secara tidak sengaja menumbuk masuk bola ke gawang sendiri sekaligus menghadiahkan kemenangan 1-0 buat Thailand.

Kini berusia 19 tahun, Haziq menyertai juara Liga Super Malaysia (MSL) Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal tahun lalu selepas beraksi cemerlang bersama PDRM dalam kempen 2016 walaupun Sang Saka Biru tersingkir daripada MSL.

Haziq, yang pernah menyertai akademi milik persendirian, Frenz United selama setahun pada 2015 diramal oleh ramai pemerhati bola sepak tempatan untuk menjadi penjaga gawang No.1 Malaysia satu hari nanti.

Gambar: Asiana.my

ABANG NUR AFIRMAN NORAZMAN

Pemain di posisi kiri ini kembali ke Sarawak selepas Harimau Muda D dibubarkan. Di sana, dia bermain untuk pasukan Piala Belia Bawah-19 sebelum dinaikkan ke pasukan negeri Bawah-21.

Nor Afirman, yang juga juga bermain untuk Sarawak dalam Sukan Malaysia 2016 (SUKMA), pernah disenarai-pendek oleh Frank Bernhardt untuk Kejohanan AFF Bawah-19 2016 namun gagal untuk menembusi skuad akhir.

ALI IMRAN ALIMI

Pemain pertahanan ini menyertai pasukan Felda United pada 2016 dan kini bermain untuk pasukan Bawah-21 di sana.

Meskipun masih belum mendapatkan tempat dalam skuad senior kebangsaan, produk Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini masih tersenarai dalam skuad bagi Kejohanan AFF Bawah-19 tahun

Ali Imran juga mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sekolah Asia 2015 di China. 

Dalam negara, Ali Imran Almi merupakan sebahagian daripada skuad Wilayah Persekutuan yang berjaya menamatkan saingan selaku naib juara dalam SUKMA 2016.

Meskipun masih belum mendapatkan tempat dalam skuad senior kebangsaan, produk Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini masih tersenarai dalam skuad bagi Kejohanan AFF Bawah-19 tahun lepas dan juga bersama skuad latihan Malaysia Bawah-22 kendalian Ong Kim Swee, namun digugurkan sebelum Kejohanan AFC Bawah-22 pada Julai.

HAFIY HAIKAL ISMAIL

Pemain bek tengah ini dinaikkan ke Harimau Muda C (Bawah-19) selepas tugasnya berakhir bersama skuad Bawah-16.

Hafiy memilih untuk menyertai JDT II berbanding  negeri asalnya, Kuala Lumpur.

Dia mengekalkan posisi sebagai pemain utama dan mewakili Malaysia Bawah-19 pada AFF Bawah-19 2015 dan Kelayakan AFC Bawah-19 2016 (pada 2015), keduanya bawah kendalian Hassan Sazali Waras. 

Hasilnya agak mengecewakan namun Hafiy yang berusia 18 tahub ketika itu meraih pengalaman berharga.

Dia menjadi pemain rebutan antara Kuala Lumpur dan JDT II menjelang musim 2016, sebelum berjaya melengkapkan perpindahan tersebut. 

Dia merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia Bawah-22 dalam Piala Negara 2016 di Melaka.