Stories

Di manakah mereka sekarang? Skuad pemenang Liga Juara-Juara 2005-06: Barcelona

Dalam edisi terbaru siri FourFourTwo kali ini, kami mengikuti nasib ahli skuad Barcelona 2005-06, yang bertanggungjawab mengakhiri kemarau 14 tahun trofi Liga Juara-Juara kelab tersebut....

We are part of The Trust Project What is it?

Di bawah kepimpinan Frank Rijkaard, Barcelona mula kembali mengukir nama di Sepanyol, memenangi La Liga pada musim 2004-05 dengan pasukan yang dibarisi pemain seperti Ronaldinho, Deco, Carles Puyol dan Samuel Eto'o.

Corak menyerang yang dimainkan mereka dan jumlah bakat yang ada dalam skuad Catalans - dengan pemain bintang sekarang, Andres Iniesta dan Lionel Messi belum lagi menjadi pemain utama - menjadikan mereka pasukan pilihan, tetapi persoalannya sama ada mereka boleh menterjemahkan potensi mereka kepada keputusan sebenar dalam Liga Juara-Juara.

Segala keraguan hilang ketika Barcelona memenangi kejohanan utama Eropah pada 2006, mengatasi pasukan seperti Chelsea dan AC Milan untuk menghadapi Arsenal di pentas final di Paris. Anak-anak buah Arsene Wenger mendahului, tetapi juara Sepanyol ini kemudian bangkit untuk memperoleh keputusan 2-1.

Eto'o dan Juliano Belletti masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua untuk membatalkan jaringan pembukaan Sol Campbell. Gunners pada ketika itu beraksi dengan 10 pemain. Kejayaan Barcelona ini sekaligus menjanjikan nama-nama pemain skuad ini terpahat dalam sejarah kelab, dan merupakan kejuaraan kedua mereka dalam Liga Juara-juara.

VICTOR VALDES

Selama 14 tahun, Valdes menikmati statusnya di Barcelona sebagai penjaga gawang No.1.

Sepanjang masa tersebut, dia telah mengumpulkan sejumlah besar pingat termasuk enam gelaran La Liga dan tiga pingat Liga Juara-Juara.

Walau bagaimanapun, Valdes mula berasa kecewa dengan kehidupannya di Nou Camp. Memetik bahawa terdapat terlalu banyak tekanan bermain untuk Catalans, dia menjumpa jalan keluar pada 2014 dengan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

Dia kemudian menyertai Manchester United tetapi gagal merebut tempat David De Gea sebagai penjaga gol pilihan pertama. Tempohnya bersama Red Devils hanya bertahan sehingga 2015, apabila Valdes enggan turut serta dalam perlawanan rizab dan dimasukkan ke dalam senarai perpindahan oleh bekas pengurus Red Devils, Louis van Gaal.

Namun, bekas pemain antarabangsa Sepanyol ini gagal menarik mana-mana minat dan sebaliknya dipinjamkan selama enam bulan ke Standard Liege pada awal 2016.

Dia terakhir kali dilihat beraksi untuk Middlesbrough sebelum bersara.

Pages