Analysis

Di sebalik kisah Mourinho dan sindrom musim ketiga

Betul ke Jose Mourinho hanya mampu berjaya di satu kelab selama dua musim sahaja?

We are part of The Trust Project What is it?

Kita sering saja mendengar kenyataan yang musim ketiga buat Jose Mourinho bukanlah sesuatu yang baik dalam perjalanan dan kariernya sebagai pengurus bola sepak. 

Dalam hal ini, sindrom musim ketiga merujuk kepada prestasi dan perjalanan kariernya di kelab sebelum ini akan berakhir sama ada dengan beliau dipecat, mengundurkan diri dan kelab tersebut pada kebiasannya akan beraksi di bawah kemampuan sebenar mereka dan senario ini semuanya berlaku samada selepas tiga musim ataupun menghampiri musim ketiga beliau di sesebuah kelab ataupun pasukan. 

Kali ini, kami akan cuba melihat kembali apakah benar yang dikatakan dengan sindrom yang dihadapi oleh  Mourinho ini? Dan jika benar, di manakah dan bilakah beliau pernah menghadapi situasi ini.

Dalam artikel kali ini, kami akan melihat perjalanan beliau menguruskan pasukan elit di Eropah ketika menguruskan Chelsea buat pertama kali pada 2004 selepas berhijrah dari FC Porto.

Chelsea (2004-2008)

Selepas berjaya menjulang kelab yang bergelar status ‘underdog’ dalam kejohanan Piala UEFA (kini dikenali sebagai Europa League) dan Liga Juara-Juara Eropah  pada dua musim sebelumnya bersama kelab FC Porto, Jose Mourinho tiba di Stamford Bridge sebelum bermulanya musim 2004-2005.

Hadir dengan reputasi yang tinggi, Mourinho adalah jurulatih kedua sejak Roman Abramovich mengambil alih kelab itu pada musim sebelumnya. Pada musim pertama, Jose Mourinho berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kelab itu dalam tempoh 50 tahun selain berjaya menjuarai Piala Liga Inggeris dan layak ke separuh akhir LIga Juara-Juara Eropah. 

Pada musim keduanya bersama Chelsea,Mourinho sekali lagi berjaya membawa Chelsea menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat musim kedua berturut-turut. Namun, pada musim ketiganya bersama Chelsea, segala-galanya tampak semakin sukar buat Jose Mourinho dan disinliah segala-galanya bermula dengan sindrom yang bakal dihadapi oleh Mourinho dalam karier pengurusan bola sepaknya. 

Mourinho adalah jurulatih kedua sejak Abramovich mengambil alih kelab Chelsea.

Pada musim 2006-2007, beliau sekali lagi gagal membawa kejuaraan yang paling diidamkan oleh Roman Abramovich iatu kejuaraan Liga Juara Juara Eropah dan paling malang sekali, Mourinho juga gagal mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenanginya pada dua musim sebelum ini.  

Walaupun begitu, pemilik Chelsea Roman Abramovich masih lagi mengekalkan Mourinho di Stamford Bridge pada musim berikutnya. Keputusan billionair Russia itu mengekalkan Mou seakan-akan mula memakan dirinya apabila setelah beberapa perlawanan di musim 2007/2008, skuad Chelsea bimbingan Mourinho mula mengalami penurunan prestasi dan paling ketara apabila mereka seri ketika menentang Rosenborg di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada musim itu. 

Menurut laporan, Abramovich juga d ada berselisisih pendapat dengan Jose selepas perlawanan itu dan keputusan seri sekali lagi di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Blackburn Rovers di kubu keramat mereka, Stamfrod Bridge menjadi kemuncak kepada perseslisihan itu dan akhirnya Mou dipecat dengan serta merta oleh Roman Abramovich hanya beberapa perlawanan memasuki musim ketiganya bersama mereka.  

Pages