Fandi, Safee dan 6 Pemain Asia Tenggara yang menggegarkan dunia bola sepak Indonesia

Siapakah antara gerangan pemain terkenal Asia Tenggara yang telah memeriahkan liga domestik Indonesia selama ini? FourFourTwo telah melakukan sedikit kajian untuk mengenalpasti watak-watak tersebut...

Indonesia memiliki sejarah warisan bola sepaknya yang tersendiri dan selama bertahun-tahun mempunyai beberapa nama pemain terkenal yang berpeluang untuk tampil bermain di depan penonton yang penuh bersemangat.

Pemain bola sepak Asia Tenggara dari luar Indonesia telah menjadi sebahagian utama sejarah itu dan di sini FourFourTwo menyenaraikan lapan nama terbesar dari pelusuk ini yang telah beraksi di bumi Indonesia.

Fandi Ahmad – Singapura

Fandi Ahmad merupakan pelopor di antara pemain-pemain asing Asia Tenggara di Indonesia. Fandi, yang berasal dari keturunan Pacitan (Jawa Timur), direkrut oleh Niac Mitra pada tahun 1982, dilaporkan memperoleh pendapatan sekitar US$75,000 (S$107,000) untuk kontrak satu tahun.

Fandi dilayan seperti raja semasa zamannya dengan Niac. Dia juga mempunyai keistimewaan menaiki pesawat dari Indonesia ke Singapura dan kembali ke pangkuan keluarganya lebih dari satu kali.

Fandi membalas kepercayaan Niac dengan memberikannya satu gelaran liga pada musim 1982/83 Liga Sepakbola Utama (juga dikenali sebagai Galatama). Fandi menjaringkan 13 gol pada tahun itu dan juga dianugerahkan kewarganegaraan kehormat di Surabaya.

Lagenda, Fandi masih terlibat dalam pengurusan tertinggi bola sepak

David Lee – Singapura

Lee juga mewakili Niac Mitra pada masa yang sama sebagai rakan senegara Fandi. Seperti rakan sepasukannya, Lee merupakan salah seorang pemain Asia Tenggara yang paling berjaya di Indonesia. Dengan posisinya sebagai seorang penjaga gol, David mengawal gawang Niac Mitra dengan penuh ketangkasan.

Bersama Fandi, dia membawa pulang gelaran Galatama ke Surabaya, seterusnya membantu Niac Mitra menjadi kelab kegemaran orang Surabaya, bersama dengan Persebaya.

Seperti Fandi, Lee juga dianugerahkan Kewarganegaraan Kehormat Surabaya.

Lee menjadi penjaga gol tersohor Singapura

Sinthaweechai Hathairattanakool (Kosin) – Thailand

Pergelutan Sinthaweechai merupakan satu usaha yang berbaloi. Dia mendapat tawaran dari Persib Bandung pada 2006 dan terus mengemaskan begnya untuk memainkan peranan utama di sana. Tetapi masanya di Bandung bertahan hanya setahun sebelum Kosin memutuskan untuk pulang ke Thailand.

Selepas Persib, dia bermain untuk Chonburi dan kemudian kembali ke Bandung pada tahun 2009, tetapi kali ini penjaga gol tersebut tidak memainkan peranan yang sama dan hanya membuat penampilan sebanyak 11 kali sahaja.

Pada permulaan musim Liga Perdana Thailand 2016, Kosin berpindah ke Suphanburi dengan bayaran perpindahan sebanyak 15 juta baht (S$600,000), dan merupakan satu rekod untuk pemain Thailand pada masa itu.