Stories

Fandi, Safee dan 6 Pemain Asia Tenggara yang menggegarkan dunia bola sepak Indonesia

We are part of The Trust Project What is it?

Noh Alam Shah – Singapura

Semua orang mengenali penyerang yang penuh kontroversial ini kerana sikap panas barannya dan juga pencapaian jaringan golnya.

Dia terkenal dengan penggantungan lama disebabkan oleh kejadian tendangan yang melibatkan rakan sepasukan negara, Daniel Bennett, sementara turut mempunyai masalah sama semasa dia berada di Indonesia.

Namun begitu, dia telah merasai banyak kejayaan sepanjang kerjayanya. Noh bermain untuk dua kelab di Indonesia: Arema Malang dan PSS Sleman. Dia telah menjaringkan 33 gol secara keseluruhan, 31 untuk Arema dan dua lagi untuk PSS.

Dalam tiga musim Noh dengan Arema, dia berjaya membantu mereka memenangi gelaran ISL 2009/10. Selepas PSS, dia menyertai Tampines Rovers dan kembali ke Singapura, menjalani kehidupan yang masyhur sebagai pemain bola sepak profesional dan juga pemandu teksi Grabcar.

Shah meraikan kejayaan di kejohanan AFF

Muhammad Ridhuan – Singapura

Ridhuan telah berhijrah ke Indonesia pada masa yang sama dengan Noh Alam Shah dan juga mewakili Arema, memastikan dirinya sebagai pemain utama dan memenangi trofi dalam kempen 2009/10. Dia pernah bermain untuk pasukan Malang selama empat tahun.

Bermain sebagai pemain sayap tidak menghalang Ridhuan daripada menjadi penjaring gol yang prolifik, menjaringkan sebanyak 25 gol dalam kesemua perlawanan.

Sementara Along (nama samaran Noh Alam Shah) bermain untuk PSS Sleman selepas Arema, Ridhuan berpindah ke Putra Samarinda, tetapi hanya untuk tempoh sementara sebelum memutuskan untuk kembali ke Singapura dan bermain untuk Geylang International pada 2014.