‘Galacticos’ Real Madrid: Di mana mereka sekarang?

Menjelang alaf baru, presiden Real Madrid, Florentino Perez ingin membina sebuah pasukan yang membariskan beberapa bintang terkenal dunia bola sepak. Sebahagian besarnya berjaya, walaupun kejayaan mereka di atas padang semuanya berbeza. Jadi, di manakah mereka sekarang? 

IKER CASILLAS

Melihat semula karier Iker Casillas, anda pasti dapat memahami perasaan peminat Real Madrid yang beranggapan dia telah dipaksa keluar pada musim panas 2015. Penjaga gol ini sering dikait rapat dengan punca penguasaan kelab itu dalam Liga Juara-juara, memainkan peranan penting dalam kejayaan ke-lapan dan ke-sembilan mereka dalam pertandingan tersebut.

Gelaran Eropah keduanya diperoleh selepas dia mempamerkan persembahan individu yang menarik menerusi refleks pantas ketika menentang Bayer Leverkusen di final - satu perlawanan yang membuktikan taraf pemain lagenda, Zinedine Zidane yang memastikan kemenangan 2-1 milik Real melalui jaringan voli cantik (lihat di bawah).

Walau bagaimanapun, sumbangan Casillas memang tidak boleh disangkal, dan sepanjang tahun-tahun berikutnya, penjaga gol ini disanjung tinggi oleh penyokong Madrid. Pengiktirafan skilnya berkembang global berikutan persembahannya untuk Sepanyol yang memenangi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 sebelum mempertahankan trofi mereka pada edisi berikutnya, Euro 2012.

Semuanya mula berubah buat Casillas apabila dia menjadi mangsa perang saudara Jose Mourinho dan tidak lama kemudian, diletakkan di bangku simpanan. Dia kemudian tidak lagi mendapat jaminan untuk waktu bermain di Madrid. Walaupun mempunyai ciri-ciri seorang pemain yang setia pada satu kelab, terdapat juga perkara yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan dia berlepas ke Porto pada tahun 2015, dan masih kekal di sana. - Oleh Jeremy Lim

Pages

Topics