HARIMAU IMPORT: BAGAIMANAKAH PRESTASI MALAYSIA DIBAWAH KENDALIAN JURULATIH ASING?

Nelo Vingada dari Portugal merupakan jurulatih import pertama Malaysia dalam tempoh 12 tahun dan telah mengendalikan perlawanan pertamanya menentang Lubnan di Stadium Larkin pada 13 Jun lalu. Untuk itu, Vijhay Vick menganalisa semula prestasi Harimau Malaya dibawah kendalian lima jurulatih yang pernah membimbing skuad kebangsaan.

BERTALAN BICSKEI, JURULATIH MALAYSIA 2004-2005

Perlawanan: 16

Menang: 8

Kalah: 7

Seri: 1

Ratio Kemenangan: 50%

Ratio Kekalahan: 43.75%

Bicskei tiba pada Julai 2004 dan ditugaskan untuk membimbing pasukan menghabiskan tiga baki perlawanan kelayakan Piala Dunia - yang berakhir dengan kekalahan kepada China, Hong Kong dan Kuwait - dan Kejohanan AFF 2004, yang kemudian dikenali sebagai Piala Tiger.

Jurulatih Hungaria ini mula tunjukkan keputusan memberangsangkan saat Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas jiran, Thailand dalam aksi persahabatan.

Dia menggugurkan beberapa pemain senior seperti Hairuddin Omar, Tengku Hazman Raja Hassan dan Eddie Helmi Abdul Manan untuk kejohanan AFF dan memainkan skuad yang tidak berpengalaman ditambah pula dengan ketiadaan khidmat Akmal Rizal Rakhli dan Nizaruddin Yusof.

Photo: Origo.hu

Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga dalam kejohanan itu dengan penyerang Khalid Jamlus menjaringkan enam gol, satu gol di belakang penjaring terbanyak Ilham Jaya Kesuma dari pasukan Naib Juara, Indonesia.

Walau bagaimanapun, tempoh khidmatnya berakhir enam bulan kemudian, apabila dia dilihat mula hilang sabar saat menentang Singapura di Georgetown pada Jun 2005.

Tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Bicskei melemparkan botol ke dalam padang sebelum menolak seorang pemain Singapura. Dia hampir diturunkan ke skuad Malaysia Bawah-23 namun kemudiannya dipecat pada September.

Dia meninggal dunia di kampung halamannya, Budapest pada 16 Julai 2011.

Pages

Topics