Analysis

Harimau Selatan turut bantu skuad B23

Safawi Rasid, Shafiq Ahmad, Haziq Nazli, Adam Nor Azlin dan Dominic Tan adalah pemain muda JDT dan JDTII yang cemerlang bersama skuad B23.

We are part of The Trust Project What is it?

Sebelum ini, terdapat segelintir pemerhati dan pengkritik bola sepak yang kerap menyifatkan keputusan beberapa pemain muda berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak membantu kerjaya mereka kerana mereka akan hanya berada di bangku pemain simpanan.

Namun, kejayaan skuad B23 Tahun negara kebelakangan ini sebenarnya adalah kerana kelab tersebut.

Safawi Rasid, Shafiq Ahmad, Haziq Nazli, Adam Nor Azlin dan Dominic Tan adalah pemain muda JDT dan JDTII yang cemerlang bersama skuad B23.

Benar, kesemua pemain muda tersebut tidak beraksi dalam kesemua perlawanan JDT di Liga Super Malaysia (MSL), Piala FA, Malaysia dan AFC musim ini.

Namun, dengan prasarana dan kemudahan lengkap yang ada di JDT serta berlatih secara harian dengan himpunan pemain tempatan dan import terbaik jelas membantu permainan mereka.

Safawi kini adalah antara penyerang muda terbaik negara dan mungkin juga rantau Asean.

Pemain kelahiran Terengganu itu yang kerap meraih gol berdepan lawan ampuh, sekali lagi melakukannya dan kali ini berdepan juara bertahan Sukan Asia, Korea Selatan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 17 Ogos lalu.

Penulis percaya, sukar buat Safawi berada di tahap kini jika tidak berhijrah ke JDT pada 2017.

Begitu juga dengan Dominic, tindakan pengurusan JDT menghantarnya berkelanan beberapa bulan di Portugal sebelum ini tampak mematangkan permainannya.

Pujian juga buat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengambil pendekatan membariskan himpunan pemain B23 tahun terbaik negara ke kelab tersebut.

Ia sebenarnya adalah visi pandang ke depan oleh Tunku Ismail yang bukan saja membolehkan pemain-pemain muda tersebut menguatkan JDT, tetapi turut membolehkan mereka membentuk kematangan diri di kelab itu.

Kini, dengan JDT sudah pun ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim depan, sudah pasti pemain- pemain muda seperti Safawi akan terus membawa tahap permainan merek ke aras lebih tinggi.

Jika dinilaikan pemain dalam skuad B23 Tahun negara, pemain-pemain JDT memounyai perwatakkan yang kuat dalam memimpin pemain-pemain lain dalam situasi sukar.

Kita dapat lihat bagaimana berlatih secara harian bersama Marcos Antonio Santos membantu Adam serta Dominic membentuk gandingan benteng yang kebal di skuad B23 negara.

Tindakan JDT menghantar Dominic berkelanan beberapa bulan di Portugal sebelum ini tampak mematangkan permainannya.