Hasnizam Uzir Eksklusif: Dari padang bola ke meja pengulas

Generasi peminat muda kini mungkin lebih mengenali nama Hasnizam Uzir sebagai salah seorang pengulas bola sepak bersama saluran 801 Astro Arena.

Namun, bekas pemain kelahiran Johor ini satu ketika dulu pernah menjelmakan potensi tinggi selaku pemain bersama Johor (kini Johor Darul Ta'zim II) dan Johor FC (kini Johor Darul Ta'zim) di era pertengahan 90 an sehingga 2001.

Hasnizam berkongsi dengan FourFourTwo pengalamannya selaku pemain, serta faktor yang membuatkannya bersara seawal usia 26 tahun.

PERJALANAN AWAL

Hasnizam adalah anak bongsu daripada tujuh adik beradik dan mula aktif bermain bola sepak sejak di bangku sekolah rendah.

Bakat Hasnizam sebenarnya diwarisi bapanya, Uzir Hussin yang merupakan bekas pemain sayap Johor pada era 50 dan 60an di saingan Piala Malaysia.

Pada usia muda, Hasnizam mula beraksi sebagai penyerang dan mewakili negeri Johor daripada saingan bawah 12 tahun ketika di Sekolah Kebangsaan Majidee Baru, Johor Bharu

"Salah seorang abang saya juga berbakat dalam bola sepak, tetapi memilih untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

"Jadi hanya saya seorang yang kekal aktif dalam bola selak sehingga menjadi pemain profesional," kata Hasnizam.

Pada usia muda, Hasnizam mula beraksi sebagai penyerang dan mewakili negeri Johor daripada saingan bawah 12 tahun ketika di Sekolah Kebangsaan Majidee Baru, Johor Bahru.

Hasnizam kemudian melanjutkann pelajaran di alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Majidee Baru dan terus mewakili skuad bawah 14 dan 16 tahun Johor.

Ketika aksi final saingan bawah 18 tahun sekolah-sekolah daerah Johor Bharu pada 1990,Hasnizam yang ketika itu berusia 15 tahun menjaringkan satu membantu sekolahnya menewaskan Maktab Sultan Abu Bakar (EC) 3-0.

"EC ketika itu adalah sekolah projek bola sepak bagi Johor dan bukan mudah memasuki sekolah itu kerana hanya menerusi pencapaian akademik serta sukan seseorang pelajar diterima masuk.

Generasi saya ketika itu menyaksikan ramai pemain kebangsaan mula beraksi bersama saya dan ia adalah generasi pemain yang baik

"Hasil aksi cemerlang saya, EC terus menawarkan tempat buat saya belajar di sekolah tersebut dan saya belajar di sana ketika tingkatan empat dan lima", kata Hasnizam.

Hasnizam kemudian beraksi dengan skuad Piala Presiden Johor ketika baru berusia 17 tahun pada 1992 dan turut beraksi di temasya SUKMA Johor pada tahun sama.

"Generasi saya ketika itu menyaksikan ramai pemain kebangsaan mula beraksi bersama saya dan ia adalah generasi pemain yang baik.

"Idris Karim, Rosdee Sulong dan Azmil Azali adalah antara pemain Johor dan negara yang beraksi bersama saya ketika itu," kata Hasnizam.

PERMULAAN KERJAYA PROFESIONAL

Peningkatan Hasnizam kemudian berterusan dan ketika menanti keputusan SPM pada 1993, dia dipanggil memperkuatkan skuad utama Johor.

"Ketika itu, penyerang import Ervin Boban mengalami kecederaan dan saya baru lepas beraksi bersama skuad Piala Presiden dalam aksi persahabatan di Singapura.

Musim 1994 turut menyaksikan Hasnizam dipanggil bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy ke skuad Olimpik 96 Atlanta

"Jurulatih skuad utama, Wan Jamak Wan Hassan kemudian memanggil saya menguatkan skuad utama dan dia adalah indivdu yang memberi peluang buat saya beraksi dinperingkat senior," kata Hasnizam.

Aksi meyakinkan Hasnizam kemudian menyaksikan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) ketika itu menawarkan kontrak kepadanya untuk musim 1994.

Musim 1994 turut menyaksikan Hasnizam dipanggil bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy ke skuad Olimpik 96 Atlanta.

Di bawah kendalian jurulatih Perancis itu, Hasnizam berubah posisi sebagai bek sayap kanan dalam formasi 3-5-2 yang diterapkannya.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan Hasnizam adalah ketika beraksi di saingan Kejohanan Jemputan Antarabangsa Toulon B-21 yang menyaksikan skuad negara sekumpulan bersama England, Brazil dan Angola.

"Ia adalah skuad B-21 England yang cukup kuat ketika itu dan antara pemain mereka ialah David Beckham dan Gary Neville.

"Sudah pasti ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, apabila beradu kekuatan dengan pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kata Hasnizam.

Namun, pembabitan skuad Olimpik kebangsaan negara ketika itu lebih diingati dengan kecederaan yang melanda Azrul Amri Burhan, permata baru dari Kuala Lumpur.

Namun, ketika di Toulon salah seorang jurulatih dari skuad remaja Brazil mengatakan kelemahan skuad negara adalah aspek fizikal dan mental

"Dia seorang pemain yang cukup istimewa dengan kawalan bola dan kemahiran yang luar biasa bagi seorang perancang tengah.

"Kami sebenarnya menguasai permainan pada awal babak pertama dengan England namun, segala-galanya berubah apabila Neville membuat asakan keras terhadap Azrul yang menyaksikannya mengalami kecederaan lutut ACL," kata Hasnizam.

Kehilangan Azrul turut menjejaskan kekuatan skuad Olimpik 96 di saingan kelayakan Olimpik apabila barisan negara gagal melepasi saingan pusingan awal dalam kumpulan yang turut dibarisi China dan Singapura.

"Tanpa Azrul sekali pun,Ia sebenarnya adalah generasi pemain yang baik saya bermain bersama di skuad Olimpik 96 seperti Azmin Azram  Abdul Aziz, Idris Karim dan juga Rusdi Suparman.

"Namun, ketika di Toulon salah seorang jurulatih dari skuad remaja Brazil mengatakan kelemahan skuad negara adalah aspek fizikal dan mental.

"Bagi saya ia masih kelemahan utama barisan negara apabila beraksi di peringkat tertinggi ketika ini," kata Hasnizam.