Stories

Jangan bermain api dengan mereka: Lima ultras fanatik Asia

Mereka lantang dan mereka bangga dengannya. FFT menyenarai pendek kumpulan penyokong paling fanatik di Asia...

We are part of The Trust Project What is it?

Ultras Malaya (Pasukan Kebangsaan Malaysia)

Penyokong tegar pasukan kebangsaan Malaysia semakin bertambah, tahun demi tahun, sejak ditubuhkan pada 2007 oleh 20 orang peminat fanatik pasukan kebangsaan Malaysia.

Walaupun dengan kejayaan pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 sedikit sebanyak telah membantu peningkatan jumlah pengikut Ultras Malaya, mereka bukanlah sekadar pemburu gelaran.

Ultras Malaya sering dilihat dengan gendang dan bendera mereka

Organisasi ini terurus, memiliki kaedah komunikasi jelas tatkala mereka sentiasa berada di belakang pasukan kebangsaan mereka.

Seperti kebanyakan ultras di seluruh dunia, Ultras Malaya sering dilihat dengan gendang dan bendera mereka. Nyanyian lagu untuk menyokong pasukan mereka dan mengugut lawan turut jelas kedengaran.

Tahap fanatik mereka tidak mengenal sempadan. Perkara ini terbukti apabila Malaysia menerima kunjungan Arab Saudi di Stadium Shah Alam dua tahun lalu. Pengadil perlawanan, Liu Kwok, menghentikan perlawanan pada minit ke-88 kerana Ultras Malaya melontar mercun dan suar ke dalam padang.

Ultras berang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia, dan mahu suara mereka didengari. Dan sememangnya mereka didengari.

Pages