Kanser, buta dan duo satu lengan: Penyakit luar biasa pemain bola sepak

Sudah menjadi lumrah kehidupan kecederaan dan penyakit boleh menimpa sesiapa saja dan pemain bola sepak profesional tentunya tidak terkecuali. Berikut adalah lapan pemain bola sepak dari seluruh dunia yang terpaksa mengatasi masalah penyakit sepanjang karier mereka...

Edgar Davids - Glaukoma

Edgar Davids atau juga dikenali dengan gelaran "The Pitbull" merupakan lagenda Belanda, yang pernah bermain untuk Ajax, Milan, Juventus dan Barcelona, sebelum berpindah ke beberapa kelab lain.

Dia adalah seorang pemain tengah bertahan yang sukar ditemui, pemenang bola dan pemain tengah "box to box".

Begitulah tiga ciri terbaik  pemain tengah yang terdapat pada Davids.

Tetapi Davids mungkin paling menonjol kerana cermin mata atau ‘goggle’ ikoniknya, lengkap dengan warna kekuningan oren yang kelihatan jelas dari tempat duduk penonton.

Pada tahun 1999, Davids mula memakai kaca mata pelindung selepas menjalani pembedahan mata kanannya yang disebabkan oleh glaukoma - sejenis penyakit mata yang mengakibatkan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan.

Sebelum itu  dia membantu Ajax merangkul tiga gelaran dan satu Piala Eropah, tetapi kacamata itu boleh dikatakan telah membantunya dan Juventus meraih tiga gelaran Serie A, yang membuatkan Marcello Lippi memanggilnya "one-man engine-room".

Pemain Belanda kelahiran Suriname ini kemudiannya beralih ke meja pengurusan buat masa yang singkat, dilantik pada 2010 sebagai pengurus merangkap pemain untuk kelab divisyen dua, Barnet bersama Mark Robson dan bersara dari kejurulatihan pada 2014.

Petr Cech - Kecederaan kepala

Pemain antarabangsa Republik Czech, Petr Cech menandatangani kontrak untuk Chelsea pada musim panas tahun 2004 dengan harga £7 juta (RM38.3 juta), menjadikannya penjaga gol paling mahal dalam sejarah kelab pada masa itu.

Selepas penjaga gol utama, Carlo Cudicini mengalami kecederaan siku semasa pra-musim, Cech telah menggantikannya dan menjadi penjaga gawang No.1 Chelsea dalam musim pertamanya.

Cech memenangi tiga lagi gelaran EPL, empat Piala FA, dua Piala Liga, satu Liga Juara-Juara dan satu trofi Liga Europa bersama Chelsea

Pada penghujung musim 2004/05, dia dianugerahkan ‘Golden Glove’ kerana mempunyai rekod tanpa bolos sebanyak 21 kali dalam Liga Perdana Inggeris dan membantu Chelsea memenangi Liga untuk kali pertama dalam tempoh setengah abad.

Mereka juga merangkul Piala Liga tahun itu.

Pemain berusia 35 tahun ini turut diangkat Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS) selaku Penjaga Gol Terbaik Dunia untuk tahun 2005 dan juga Pemain Bola Sepak Terbaik Republik Czech.

Tetapi pada 2006, perlanggaran dengan Stephen Hunt dari Reading pada minit pertama perlawanan di Stadium Madejski hampir menamatkan karier Cech dalam liga tersohor England.

Cech menjalani pembedahan untuk keretakan tengkorak dan doktor kemudian melaporkan bahawa dia boleh kehilangan nyawa.

Cech, sekarang bersama Arsenal, dan terus memakai perlindung kepalanya

Kecederaan itu menyebabkan Cech berehat selama hampir empat bulan, tetapi dia kembali bermain untuk Chelsea pada bulan Januari dengan memakai pelindung kepala sukan ragbi.

Penjaga gol dengan ketinggian 1.96 meter ini kekal menyambung semula perjalanan kariernya

Cech memenangi tiga lagi gelaran EPL, empat Piala FA, dua Piala Liga, satu Liga Juara-Juara dan satu trofi Liga Europa bersama Chelsea sebelum menyertai musuh London, Arsenal pada 2015.

Dia memenangi Piala FA pada 2016/17 dan dua Piala Komuniti bersama Gunners dan terus memakai perlindungan kepalanya sebagai langkah berjaga-jaga, 11 tahun selepas kejadian tersebut.

Asraf Rashid – Keajaiban satu lengan

Asraf Rashid dilahirkan tanpa lengan kiri penuh - ianya berakhir sekadar di bawah siku - tetapi dia enggan membiarkan perkara tersebut merosakkan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional

Mendapat inspirasi ketika di usia muda dari seorang pemain sayap kanan Tanjong Pagar United, Håkan Söderstjerna, pemain kelahiran Sweden yang berkongsi sifat fizikal yang sama dengannya, Asraf pernah bermain untuk Woodlands Wellington dan Home United sebelum menyertai Tanjong Pagar pada 2012.

Razif Onn, jurulatih Warriors FC, berkata: "Asraf adalah seorang pemain yang berdisiplin dan konsisten serta sentiasa menjadi pemain pertama yang tiba di padang latihan.

"Setiap kali dia diberi peluang, dia mengambilnya dengan serius.

"Kehadirannya di kelab itu adalah pembuka mata untuk semua, dan mereka memandangnya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dan bertindak selaku daya penggerak untuk menjadikan mereka pemain dan insan yang lebih baik," kata Razif.

Tambah Razif, dia melihat Asraf sebagai salah seorang bakat tempatan terbaik sepanjang 10 tahun kerjaya kejurulatihannya.

"Dia menunjukkan disiplin taktikal dan mental yang baik dalam menerima serta melaksanakan arahan semasa latihan dan perlawanan sebenar.

"Kualiti ini membolehkan dia meletakkan dirinya sebagai pemain sokongan yang baik kepada pemain pasukan senior," kata Razif.