Stories

Kelab-kelab Malaysia yang bungkus dan tidak lagi kembali

Di Malaysia, terdapat banyak kelab yang sudah mencapai kejayaan, namun ada yang kini hilang tidak lagi kelihatan. FourFourTwo melawat semula ke era silam dan mendokumenkan perjalanan kebangkitan dan kejatuhan kelab-kelab tersebut. 

We are part of The Trust Project What is it?

Di era bola sepak moden dimana wang adalah segalanya, sukan ini telah berubah menjadi satu perniagaan. Beberapa pasukan telah datang dan pergi sepanjang penubuhan disebabkan oleh kekangan kewangan dan faktor-faktor yang melibatkan rasuah dan pengaturan perlawanan sejak Liga Super Malaysia (MSL) dan Liga Premier Malaysia (MPL) diperkenalkan pada tahun 2004.

Berikut adalah beberapa kelab yang telah bungkus...

NS Betaria

Kelab yang berpangkalan di Tampin ini menarik perhatian umum apabila mereka dinaikkan ke liga MPL 2012 selepas kejayaan memenangi Piala FAM pada musim sebelumnya.

Namun tidak lama selepas itu, Betaria memiliki reputasi sebagai 'pasukan bookie' berikutan beberapa keputusan yang boleh dipertikaikan dalam saingan MPL dua musim yang seterusnya.

Pasukan belia mereka juga melakukan kejutan apabila layak ke perlawanan akhir Piala Presiden 2012, di mana mereka tewas kepada Perak.

Menyedari aktiviti tidak sihat Betaria ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantung semua kelab daripada Piala Presiden pada 2013.

Pasukan senior Betaria menduduki tempat terakhir dalam saingan MPL 2013 dan kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri daripada saingan Piala FAM musim berikutnya.

Difahamkan, FAM telah mengarahkan mereka untuk menarik diri atau menghadapi risiko dikenakan tindakan untuk kesalahan mengatur perlawanan.

Majlis Perbandaran Muar (MP Muar), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB FC), & Johor FC

JDT menjadi wajah baru bola sepak Johor. Photo: LionsXII

MP Muar melakukan penampilan pertama dalam liga MPL 2010 dan merekodkan pencapaian terbaik mereka, dengan menduduki tangga kelima pada musim berikutnya. Bagi MPJB pula, kelab itu memperoleh tempat ke MPL selepas muncul naib juara dalam Liga FAM pada 2011. Walau bagaimanapun, mereka mempamerkan aksi hambar, meletakkan mereka di tangga terakhir saingan MPL dalam musim berikutnya.

Johor FC menduduki tempat ketiga dalam MSL musim 2005-06 dan 2007-08 serta melakukan dua kali kemunculan di peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Walau bagaimanapun, selepas tamat musim 2012, semua kelab dari negeri selatan, kecuali Johor FC dan Johor, menarik diri sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula Persatuan Bola Sepak Johor.

Johor FC menjadi Johor Darul Ta'zim manakala Johor telah ditukar nama kepada Johor Darul Ta'zim II.

Pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagaimanapun, mendedahkan pada September yang dia telah menggantung beberapa kelab yang berpangkalan di Johor kerana terdapat dakwaan pengaturan perlawanan.

"Saya mendapati MP Muar, yang dimiliki oleh NS Betaria, terlibat dalam pengaturan perlawanan. Begitu juga MBJB FC dan Johor FC. Saya mempunyai senarai nama mereka yang terlibat dalam aktiviti pengaturan perlawanan," kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan pada September.

Pages