Kenali Kelab Lembah Klang Pertama di Liga M

Peminat hari ini mungkin kurang mengenali nama kelab KL Malay Mail, namun inilah kelab pertama Lembah Klang yang beraksi di Liga M dalam saingan Perdana Dua pada 2000 hingga ia dibubarkan pada musim 2004.

SEJARAH AWAL:

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan sebelum itu di era 70-an, dikenali sebagai Kelab Bola Sepak New Straits Time Press (NSTP).

Ketika itu, DBKL dibarisi sebahagian besar pemain Piala Malaysia Kuala Lumpur, namun, ia tidak menghalang Malay Mail untuk meraih kejuaraan pertama mereka

Sebelum layak ke Piala FAM, kelab ini pernah beraksi dalam Liga Selangor dan kemudiannya ke Liga Kuala Lumpur.

Pada 1991, Malay Mail menjuarai Liga Dunhill Kuala Lumpur dengan menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1-0.

Ketika itu, DBKL dibarisi sebahagian besar pemain Piala Malaysia Kuala Lumpur, namun, ia tidak menghalang Malay Mail untuk meraih kejuaraan pertama mereka.

KL Malay Mail turut mendapat sokongan mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar.

Dalam usaha menjadikan Liga Kuala Lumpur lebih kompetitif, Elyas meminjam beberapa pemain DBKL yang juga pemain Piala Malaysia Kuala Lumpur ke Malay Mail. 

Individu yang memainkan peranan penting dalam mengerakkan kelab ini adalah pengurus pasukannya, Tony Mariadas.

Malay Mail layak ke Liga M selepas muncul naib juara Piala FAM 1999, apabila tewas 4-2 di final Piala FAM kepada JKR Kelantan (kini telah dibubarkan).

LIGA PERDANA DUA:

Saingan Liga Perdana Dua adalah saingan kedua tertinggi Liga Malaysia sebelum era Liga Super diperkenalkan pada 2004.

KL Malay Mail beraksi selama empat musim di Perdana Dua dengan bajet yang terhad.

Ketika itu, kos menguruskan sebuah pasukan di Liga Perdana ialah sekitar RM 200,000 dan kami berjaya juga mendapat beberapa tajaan

Walaupun akhbar The Malay Mail ketika itu adalah salah satu akhbar di bawah New Straits Time Press (NSTP), KL Malay Mail tidak mendapat sokongan syarikat itu ketika beraksi di Perdana Dua.

"Syarikat membantu kami ketika beraksi di saingan Piala FAM, tetapi apabila ke Perdana Dua, kami mencari dana kewangan sendiri dan tidak lagi mendapat sokongan mereka.

"Memandangkan kami sudah mara jauh selepas muncul naib juara Piala FAM pada 1999, kami meneruskan perjalanan kami.

"Ketika itu, kos menguruskan sebuah pasukan di Liga Perdana ialah sekitar RM 200,000 dan kami berjaya juga mendapat beberapa tajaan," kata Tony.

Walaupun mendapat tajaan, Tony akui Malay Mail diuruskan dengan cermat dan pasukan kerap ke perlawanan tempat lawan hanya dengan menaiki bas.

Selepas musim kedua di Perdana Dua, Malay Mail mula mengalami masalah kewangan.

"Sebenarnya kami mahu menarik diri pada musim ketiga pada 2002, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengenakan penggantungan terhadap kami dengan hukuman denda tinggi jika menarik diri.

"Jadi kami terus beraksi dan kemudian jatuh semula ke Liga FAM pada 2003 dan akhirnya kelab kembali ke Liga Kuala Lumpur pada 2004 sebelum ia dibubarkan," kata Tony.