Stories

Keputusan perlawanan Piala Dunia yang mungkin berbeza jika tiada VAR

Piala Dunia Russia 2018 mencipta sejarah tersendiri apabila teknologi video bantuan pengadil (VAR) diperkenalkan pertama kali. Ada yang memuji dan ada yang mengkritik pelaksanaannya. Kami menyenaraikan beberapa perlawanan yang mana keputusan perlawanan mungkin berbeza jika bukan kerana VAR.   

We are part of The Trust Project What is it?

Sabtu, 16 Jun: Perancis vs Australia

VAR buat pertama kalinya digunakan di Piala Dunia 2018 pada perlawanan ini.

Antoine Griezmann lolos ke dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh Joshua Risdon.

Pengadil Andres Cunha pada mulanya meneruskan permainan tetapi menghentikan aksi selepas kira-kira 20 saat setelah menerima indikasi agar VAR dirujuk. Setelah melihat semula ulang tayang di tepi padang, buat pertama kalinya penalti dihadiahkan berpunca daripada VAR dan ianya disempurnakan Griezmann untuk gol pembukaan Perancis di kejohanan ini.

Apa yang berubah: Pengadil pada mulanya tidak memberikan penalti dan kedudukan ketika itu terikat 0-0. Selepas meneliti VAR, kad kuning dilayangkan kepada Risdon manakala penalti itu membantu Perancis untuk memulakan kempen dengan kemenangan 2-1.

Pertikaian: Sentuhan adalah minimal jadi tidak semua akan bersetuju bahawa  ia adalah kekasaran yang jelas walaupun keputusan VAR itu adalah betul. Pada akhirnya ia bergantung kepada apa yang dirasakan oleh pengadil setelah melihat ulang tayang.

Isnin, 18 Jun: Sweden vs Korea Selatan

Ia sepatutnya penalti yang jelas apabila Viktor Claesson dikasari oleh Kim Min Woo di dalam kotak penalti pada minit ke-63 tetapi pengadil Joel Aguillar meneruskan permainan dan hanya menghentikannya selepas 30 saat ketika Korea Selatan sedang melakukan serangan.

Setelah meneliti ulang tayang untuk satu tempoh lama dia menghadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Andreas Granqvist.

Apa yang berubah: Gol itu kekal sebagai gol tunggal perlawanan dan membantu Sweden memulakan kempen dengan meraih tiga mata.

Pertikaian: Ianya adalah keputusan yang tepat dibuat VAR kerana kekasaran yang dilakukan Min Woo adalah kekasaran nyata. Sepatutnya tidak pun perlu bantuan daripada VAR. Apa yang mengejutkan adalah VAR mengarahkan Aguilar untuk menghentikan permainan ketika Korea Selatan sedang melakukan serangan balas.

Protokol VAR menyatakan perlawanan hanya perlu dihentikan ketika bola berada di kawasan neutral atau bola sudah keluar padang agar ia tidak sesekali menganggu serangan pasukan lawan tanpa sebab.

Pages